Remaja terjun dari tingkat 25 terhempas di atas bapanya yang cuba sambut dari bawah, menyebabkan kedua-duanya maut
Seorang remaja perempuan berusia 15 tahun terjun dari tingkat 25 bangunan kediaman di Sichuan, China terhempas ke atas bapanya yang menunggu di bawah untuk menyambutnya, menyebbakan kedua-duanya meninggal dunia.
Difahamkan, tragedi itu berlaku selepas dua beranak itu bergaduh di mana remaja terbabit enggan menghadiri kelas piano yang diadakan di tingkat bawah.
Terdahulu, orang awam yang berkumpul di bawah menyaksikan kejadian itu diminta mengosongkan kawasan itu.
Tetapi si bapa enggan berganjak, malah cuba menyambut anaknya yang terjun dari tingkat 25. Malangnya, impak berat dari anaknya yang terjun itu menyebabkan kedua-duanya maut di tempat kejadian.
Pihak berkuasa di negeri itu telah mengeluarkan amaran kepada masyarakat untuk tidak berkongsi atau menyebarkan video kejadian tersebut. Namun gagal dibendung dan video itu kini dimuat naik di serata media sosial.
Sumber: Sing Tao Daily, World of Buzz
Post a Comment