Murid bawah 12 tahun dibenarkan pakai faceshield di sekolah - Menteri


Bagi mengurangkan beban keluarga yang tidak berkemampuan membeli pelitup muka pakai buang, kerajaan membenarkan pelajar sekolah berusia 12 tahun ke bawah memakai pelindung muka (faceshield) ketika berada di sekolah. 

Menteri Kanan (Kluster Keselamatan), Dato' Sri Ismail Sabri Yaakob berkata, keputusan itu dibuat dalam mesyuarat Jawatankuasa Khas Menteri mengenai COVID-19 awal hari ini. 

"Beberapa kali saya tekankan, nak beli mask akan membebankan keluarga miskin. RM1 sehari (untuk face mask). Kalau ada lima anak, RM5 untuk mask semata-mata. Belum nak belanja kantin lagi," katanya. 

Turut serta dalam mesyuarat itu adalah Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) yang bersetuju anak-anak di bawah usia 12 tahun dibenarkan memakai faceshield. 

Walaupun begitu, kerajaan masih menggalakkan pelajar memakai mask, tetapi tidak diwajibkan.

Sumber: MalaysiaKini

No comments