Isteri pukul suami sampai mati kerana tak masak hidangan makan malam
Dalam kejadian yang berlaku di Huaian, Jiangsu, China, pasangan itu bertengkar selepas wanita itu menyedari suaminya yang berusia 80 tahun itu tidak masak makanan malam.
Suspek, 84, kecewa dengan sikap suaminya, lalu keluar sebentar meminjam mi dari jiran mereka untuk dimasak.
Apabila dia pulang, pintu rumah dikunci oleh suaminya sebelum dia terpaksa memasuk ke apartmen melalui tingkap.
Tindakan si suami membawa kepada pertengkaran di antara mereka dan suspek yang hilang sabar bertindak di luar kawalan sehingga memukul mangsa menggunakan sebatang kayu sehingga mati.
Menyedari suaminya mati akibat dipukul, suspek menyerah diri kepada pihak polis dan akibat perbuatannya itu, dia dijatuhkan hukuman penjara 10 tahun.
Sumber: Global Times, Harian Metro
Post a Comment