'Dalam bilik kami berhimpit 8 orang sampai saya terpaksa tidur depan pintu bilik air beralaskan tuala hotel' - Stress dengan MIL & Ipar tak faham bahasa


Percutian ke mana-mana tempat peranginan sememangnya dinantikan oleh sesiapa sahaja. Semenjak kerajaan mengumumkan PKPP, pelbagai destinasi pelancongan dalam negara sudah di fikiran masing-masing. Bukan sahaja kita sebagai rakyat biasa, malah barisan hadapan negara pastinya bertambah teruja dengan percutian yang dirancang.

Tetapi, harapan menggunung tinggi oleh salah seorang petugas kesihatan ini tidak kesampaian. Walaupun percutiannya sampai ke tempat yang mahu dituju, tetapi dia sama sekali tidak menyangka percutiannya terganggu dengan kehadiran adik beradik iparnya.

DARI peti surat Kami Suri Rumah (KSR).

Assalamualaikum warga KSR. Saya dan suami bertugas di sebuah hospital kerajaan di Selangor. Start dari bulan Februari sampai bulan Julai. Kami tak pernah cuti, hari minggu pun bekerja. On standby berikutan dengan Covid-19.

Seperti yang diwar-warkan dalam media sosial bagaimana kami menghadapi situasi getir tersebut.  Itu benar, bukan main-main. Saya agak penat melayan kerenah pesakit-pesakit. Kerja 16 jam sehari. Rumah dah macam hotel.

Anak-anak? Alhamdulillah. Mereka faham. Ayah mereka dah janji nak bawa bercuti. Suami beri saya memilih ke mana saya ingin pergi untuk melepaskan lelah. Maka, saya pilih Royal Belum Forest. Saya beritahu husband, saya nak tidur saja sepanjang tiga hari kat sana, tak nak ada gangguan. Pagi-pagi saya nak dengar bunyi-bunyi binatang dalam hutan. Suami ikutkan saja.

Suami saya walaupun dah 10 tahun kawin, tapi jika hendak ke mana-mana, dia akan maklumkan pada ibunya. Dan seperti dijangka, ibu nak ikut. Saya jenis tak kisah kalau ibu dan adik ipar yang bongsu nak ikut. Janji ambil bilik lain-lain.

Hari kejadian telah tiba, kami sampai ke hotel. Alangkah terkejutnya saya bila tengok adik ipar dua orang. (Dua-dua dah kahwin dan ada anak) tunggu kami di lobi smbil bawak luggage.

Suami pun terkejut beruk. Suami tanya mak, diorang ada tempah bilik kat sini juga ke. Tahu apa ibu jawab? Ibu kata tak payah membazir, bilik luas kan. Ada dua bilik, satu bilik bagi perempuan dan satu lagi bilik bagi lelaki. Saya hampir pengsan mendengarkan itu.

Dalam bilik, kami berhimpit-himpit lapan orang. Saya tidur mana? Depan pintu bilik air beralaskan tuala hotel.

Suami tempah satu lagi bilik untuk kami keesokkan hari. Bilik itu pun dijadikan tempat mereka lepak. Adik ipar cakap, "Malam ni kami tidur sini ye kak. Dalam bilik tu ramai. Susah.". Aku tak tahu nak jawab apa.

Saya dah pesan dengan husband. Saya tak nak keluar ke mana-mana. Memang nak memerap dalam hotel dan ke Spa yang disediakan. Tapi itu semua angan-angan sahaja. Memang saya tak tenteram. Saya penat. Expenses sepanjang tiga hari kat sana? Suami saya yang keluarkan, duit tabung kami.

Mereka? Jangan kata makanan ruji, jajan pun mereka tak bawa. Semua paw kami anak beranak. 

Saya nak tanya kakak-kakak dan suri semua.. Adakah saya ni hati hitam? Atau penting kan diri sendiri?

Sumber: Kami Suri Rumah

No comments