Tak nak goreng telur, suami pukul isteri dengan kerusi sampai berdarah kepala


Seorang wanita mengalami pendarahan di kepala dan lebam di tangan akibat dipukul oleh suaminya yang bengang dengan mangsa enggan menggoreng telur untuknya. 

Dalam kejadian yang berlaku pada jam 2 petang Ahad lalu, mangsa yang berusia 38 tahun bertengkar dengan suaminya yang berusia 40-an yang meminta dia menggoreng telur. 

Difahamkan, mangsa menolak permintaan suaminya kerana dia sudah menyediakan hidangan lain. 

Keengganan wanita itu menyebabkan si suami bengang bertindak memukul mangsa dengan kerusi plastik sehingga menyebabkan kepalanya berdarah. 

Selepas keadaan kembali reda, mangsa yang bimbang dengan keselamatan dirinya terus keluar untuk membuat laporan di Balai Polis Rawang untuk tindakan selanjutnya. 

Sumber: Harian Metro

No comments