'Semua emas dipakai, tak pakai, jongkong, syiling dikenakan zakat , tetapi...'


Emas telah dikategorikan sebagai satu pelaburan yang menguntungkan pada masa kini dan akan datang. Tidak hairanlah kedai-kedai emas ketika ini sentiasa dikunjungi oleh orang ramai. Namun, dalam keghairahan kita mengumpul emas, kita juga diingatkan untuk membayar zakat jika emas tersebut melebihi berat yang telah dinyatakan.

Ustaz Faisal berkongsi mengenai kadar berat emas yang dikenakaan zakat mengikut negeri. Beliau juga mengingatkan kesan yang bakal diterima individu yang tidak membayar zakat emas.

MEMANDANGKAN sekarang musim orang beli emas, jadi nak bagi info ringkas cara kira zakat emas. Semua emas dipakai, tak pakai, jongkong, syiling dikenakan zakat (jika cukup syarat). Bagi emas dipakai, lebih uruf baru kena zakat. 

URUF: Kadar kebiasaan orang pakai emas.Jika emas yang korang pakai melebihi berat ini, baru dikenakan zakat.

  • Selangor,KL = 800 gram
  • Johor Ganu = 850 gram
  • Perak, Pahang = 500 gram
  • Negeri Sembilan = 200 gram
  • Melaka = 180 gram
  • Kedah = 170 gram
  • Penang = 165 gram
  • Sabah = 152 gram
  • Sarawak = 90 gram
  • Perlis = 85 gram
  • Kelantan = Tiada Uruf

Tetapi jika dalam tempoh setahun korang tak pernah pakai (contoh: emas rosak, emas design lama, emas waris tok nenek dan lain-lain), jika beratnya lebih dari 85 gram dah kena zakat 2.5%. Sebab tu emas perhiasan ni at least kena pakai setahun sekali masa (contoh: hari raya, birthday dan lain-lain)

CARA KIRA ZAKAT EMAS (BASIC):

SENARIO 1: Emas tak dipakai = 90 gram, Emas dipakai = 50 gram

Kiraan Zakat Emas:

  1. Emas tak dipakai: Dikenakan zakat sebab  melebihi 85 gram.
  2. Emas dipakai: Tidak dikenakan zakat sebab kurang dari 800 gram.

90 gram * RM295 (harga emas semasa) * 2.5% = RM663

SENARIO 2: Emas dipakai (gelang, rantai, cincin dan lain-lain) = 900 gram

Kiraan Zakat Emas: *Dikenakan zakat sebab melebihi Uruf 800 gram *

Berat lepas tolak Uruf = 100 gram (900-800) 100 gram

*RM295 (harga emas semasa) * 2.5% = RM738

SENARIO 3: Emas tak dipakai = 50 gram, emas dipakai = 900 gram

Kiraan Zakat: Emas *Perlu campur kedua-dua jenis emas.

50 gram + 100 gram (900-800) = 150 gram 150 gram

* RM295 (harga emas semasa) * 2.5% = RM1,106

INFO TAMBAHAN

Di Selangor, Zakat Emas digabungkan dengan Zakat Simpanan dan  Zakat Saham. Jika total melebihi nisab baru kena 2.5% zakat.

Nisab 2020 : RM18,510

CONTOH 1: Zakat Emas - RM5,000, Zakat Simpanan - RM10,000. Jumlah: RM15,000 Tak kena zakat sebab kurang dari Nisab.

CONTOH 2:

Zakat Emas (gelang, jongkong, syiling dan lain-lain): RM10,000

Zakat Simpanan: RM20,000. Jumlah: RM30,000 Dikenakan zakat sebab total melebihi Nisab (RM18,510)

Zakat : 30,000 x 2.5% = RM750

Takeaway points 1. Emas perhiasan, jongkong, pajak semua kena zakat (syarat).

2. Kalau cuma ada emas je. Kira guna kiraan basic.

3. Kalau ada harta lain (simpanan,saham), ia perlu dimasukkan dlm kiraan harta keseluruhan. Bukan kira asing-asing. Itu adalah kekayaan semasa kita. 

4. Ingat. Amaran tidak bayar zakat emas dalam Al-Quran sangat keras dan jelas. Emas tu akan dipanaskan (cair) dan diselar ke tubuh badan yang tak bayar zakat (maksud Surah Taubah: 34-35)

5. Masa nak buat investment emas, jangan lupa kira zakat setiap tahun.

Sumber: Faisal Rahim

1 comment:

  1. River possess on your web site even though using discover just just a little bit of item submits. Calming technique for not too distant future, I'm book-marking at the moment acquire designs execute arrives aside.Give zakat Online

    ReplyDelete