'Ini suami saya, dia dah meninggal dunia' - Penunggang motosikal maut, rempuh lori rosak tepi jalan


Seorang penunggang motosikal (penghantar barang) mengalami kecederaan parah selepas merempuh belakang sebuah lori. 

Kejadian berlaku kira-kira jam 2 petang Jumaat (29/8/2020), di Lebuhraya DUKE 2 dari Pusat Bandaraya menghala ke Bandar Sri Damansara/Kepong selepas Plaza Tol Segambut.

Akibat kemalangan itu, mangsa mengalami kecederaan yang teruk di bahagian muka dan dada.

Pasukan penyelamat dan bomba tiba di lokasi selepas dimaklumkan oleh orang awam. Dengan menggunakan alatan khas, bomba berjaya mengeluarkan mangsa yang tersempit di atas motosikalnya itu.

Mangsa kemudian dibawa ke hospital untuk mendapatkan rawatan kecemasan.

Menurut komen saksi di media sosial, lori perdagangan itu sememangnya sudah berada di tepi jalan itu sebelum waktu solat Jumaat. 


"Sebelum solat Jumaat lagi lori tu ada kat situ. Lori tu ada double signal, tak pasang atau letak kon. Cuma benda segi tiga kecemasan dia ada letak tetapi dekat dengan lori sahaja. 

"Pemandu dengan kelindan tak jaga bahagian belakang lori tu. Diorang duduk tepi lori untuk berteduh dari cuaca panas. 

"Motosikal saya pun nyaris nak langgar belakang lori itu tadi," kata Ajib. 

Kenyataan Ajib disokong oleh seorang lagi saksi yang lalu di jalan yang sama sebelum kejadian. 

"Aku lalu situ sebelum kemalangan. Memang lori ini rosak tapi tak ada tanda amaran (diletakkan) di belakang. Dah dekat, baru perasan," kata Anstar. 



Tidak beberapa lama selepas video dan gambar kemalangan viral di media sosial, isteri mangsa tampil memaklumkan bahawa suaminya telah meninggal dunia kerana paru-parunya berdarah dan tidak dapat diselamatkan. 






Sumber: Info Roadblock JPJ/POLIS

No comments