'Sejujurnya saya menyesal' - Ingkar PKPP, anak sulung Mukhriz tampil mohon maaf
Anak sulung Ahli Parlimen Jerlun, Mukhriz Mahathir, tampil memohon maaf di atas tindakannya dan suami yang ingkar Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP) sehingga memalukan bapa dan keluarganya.
Meera Alyanna Mukhriz dan suaminya ditahan polis dalam serbuan ke sebuah pub di ibu kota pada jam 1.30 pagi 21 Ogos lalu dan dikenakan denda RM1,000.
"Pada malam itu, saya dan suami bersama dua rakan ke TTDI untuk meraikan ulangtahun kelahiran seorang sahabat saya.
"Semasa di Salute, sekitar pukul 1.30 pagi, polis memasuki premis dan kami ditahan kerana melanggar peraturan PKPP.
"Di balai polis, saya bersama 29 yang lain telah diambil keterangan. Kira-kira pukul 5.30 pagi, kesemua kami telah dikenakan denda RM1,000 seorang dan dibenarkan pulang.
"Setakat hari Selasa, 25 Ogos, kami suami isteri telah melunaskan denda yang telah dikenakan itu.
"Dalam seminggu ini, saya telah mengimbau peristiwa tersebut dan akibatnya. Sejujurnya saya menyesal. Bukan sahaja kerana saya cuai melanggari larangan pergerakan selepas tengah malam, malah bersikap tidak bertanggungjawab di kala kita semua sedang diancam pandemik.
"Saya amat kesal kerana kecuaian itu telah menyusahkan keluarga dan rakan-rakan saya serta anda sekalian.
"Benarlah saya yang bersalah dan patut pun anda berasa kecwa tetapi tidak sebesar kekecewaan dan kekesalan yang saya rasai ketika ini.
"Saya sentiasa berusaha untuk melakukan yang terbaik dan menjadi teladan kepada orang lain. Namun kini saya sedar, ia belum memadai," katanya.
Semalam, Mukhriz mengesahkan anak dan menantunya telah ditahan polis baru-baru ini dan berkata, mereka memang patut dikenakan kompaun di atas kesilapan yang sepatutnya boleh dielakkan itu.
"Saya dah pesan dah kepada kaum keluarga saya, musim PKPP ini janganlah langgar kerana kita mesti tunjuk contoh yang baik.
"Memanglah saya rasa kecewa kerana pelanggaran tetap berlaku, jadi kita dah beri teguran. Memang patutlah mereka kena kompaun," katanya.
Sumber: "Saya dah pesan dah kepada kaum keluarga saya, musim PKPP ini janganlah langgar kerana kita mesti tunjuk contoh yang baik.
"Memanglah saya rasa kecewa kerana pelanggaran tetap berlaku, jadi kita dah beri teguran. Memang patutlah mereka kena kompaun," katanya.
Post a Comment