Wanita nyaris buta kerana tak makan buah & sayur selama 22 tahun
Baru-baru ini seorang wanita berusia 25 tahun di Norwich, England yang dikenali sebagai Jade Youngman dinasihatkan oleh pakar perubatan yang dia berisiko mengalami buta sekiranya dia berterusan mengehadkan diet pemakanannya.
Difahamkan, Jade mengamalkan diet memakan pizza, kentang goreng, nugget dan pasta kosong.
Apabila dinasihatkan oleh doktor untuk mengambil makanan yang lebih banyak nutrisi dalam dietnya, Jade berkata dia tidak dapat makan buah dan sayur dan telah mengelak dari makanan itu sejak 22 tahun lalu.
"Apabila orang meletak hidangan sayur-sayuran atau buah-buahan di depan saya, ianya seperti menghidangkan najis anjing dan meminta saya memakannya," katanya.
Jade disahkan mengalami gangguan pengambilan makanan yang menyebabkan dia fobia melampau terhadap makanan dan tekstur makanan tertentu sehingga mencetuskan kebimbangan dan rasa mual.
Bagaimanapun, Jade bukan orang pertama yang mengalami masalah itu. Dua remaja lelaki di UK dilaporkan telah hilang deria penglihatan mereka akibat dari masalah tersebut.
Menurut kajian yang dijalankan oleh University of Iowa Health Care, saraf optik berisiko untuk rosak sekiranya badan tidak menerima nutrien yang mencukupi seperti folic acid dan vitamin B. Vitamin ini hanya boleh didapati pada buah-buahan dan sayur-sayuran, yang membantu mengekalkan kesihatan sel.
Sumber: Business Insider Malaysia, World of Buzz
Post a Comment