Setiap malam mangsa dirogol bapanya tanpa disedari oleh ibu yang tidur bersebelahan
Mahkamah Tinggi Sibu (16 Oktober 2019) mengenepikan rayuan seorang lelaki yang dijatuhkan hukuman penjara 75 tahun dan 48 sebatan setelah mengaku bersalah atas 16 pertuduhan merogol anaknya sendiri.
Tertuduh yang berusia 40 tahun didakwa merogol anaknya yang berusia 12 tahun dan didakwa mengikut Seksyen 376 (1) Kanun Keseksaan.
Pada 4 Julai 2019, tertuduh mengaku bersalah terhadap semua pertuduhan itu dan Mahkamah Sesyen menjatuhkan hukuman penjara antara 15 dan 20 tahun.
Tertuduh bagaimanapun membuat rayuan di mana dia sudah menyesal dengan perbuatannya dan perlu menjaga keluarganya. Namun Hakim Lim Hock Leng menolak rayuan itu dan menyifatkan alasan yang diberikan itu tidak boleh diterima.
Mengikut pertuduhan, tertuduh merogol anaknya antara Januari 2016 dan September 2017 di rumah panjang di Sungai Bulat, Sarikei.
Difahamkan, mangsa berkongsi bilik tidur bersama kedua-dua orang tua serta adik perempuannya. Sehinggalah pada Januari 2016, mangsa terjaga dari tidur apabila berasa badannya diraba sebelum dirogol oleh bapanya sendiri.
Oleh kerana takut, mangsa tidak menjerit. Selepas selesai merogol mangsa, kedua-duanya tidur semula.
Sejak dari kejadian pertama itu, tertuduh bertindak merogolnya hampir setiap malam dari Januari 2016 hingga Disember 2016.
Pada 2017, mangsa masuk tingkatan satu dan tinggal di asrama sekolah. Hanya pulang ke rumah apabila cuti hujung minggu.
Namun pada Julai 2017, tertuduh sekali lagi merogol mangsa, diikuti denga kejadian seterusnya pada Ogos 2017 dan 5 September 2017.
Tidak mahu lagi menanggung penderitaan itu, mangsa menceritakan kejadian yang menimpanya itu kepada guru pada 6 September 2018, lalu dibawa ke hospital untuk menjalani pemeriksaan dan disahkan telah dirogol.
Susulan laporan polis yang dibuat, bapa remaja itu ditahan di perkarangan Hospital Sarikei pada jam 4 petang hari yang sama.
Sumber: Utusan Borneo
Post a Comment