Mayat dikerat 8 sah milik dua beranak
Polis hari ini mengesahkan bahagian badan yang ditemui dikerat lapan bahagian yang dibuang di kawasan semak di Kampung Ladang, Krubong, Melaka pada 10 Oktober lalu adalah milik Norfazera Bidin, 27, dan anak lelakinya, Muhammad Iman Asraf, 11.
Dua beranak itu dipercayai dibunuh oleh suaminya warga Singapura.
Ketua Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Melaka, Asisten Komisioner Mohd Nor Yhazid Idris berkata, identiti kedua-dua mangsa disahkan selepas pihaknya mendapat keputusan rasmi ujian DNA dari tiga ahli keluarga terdekat mangsa.
"Keputusan DNA diterima semalam dan ia sah bahawa milik individu yang dilaporkan dibunuh.
"Keputusan DNA diperoleh menunjukkan ia sepadan dengan sampel diambil daripada beberapa waris terdekat," katanya.
Polis kini sedang melengkapkan siasatan sebelum dirujuk kepada Pengarah Pendakwaan Negeri untuk proses pendakwaan.
Ujian saringan air kencing yang dilakukan terhadap suspek juga adalah negatif.
Sumber: Harian Metro
Post a Comment