'Ibu, bangunlah ibu' - Anak menangis tanpa henti, ibunya mati dilanggar lari ketika menyapu jalan
Seorang wanita yang bekerja sebagai petugas pembersihan maut selepas dilanggar lari di Jalan Metro Tanjung Bunga, Kecamatan Mariso, Kota Makassar, Indonesia.
Kejadian yang menimpa mangsa, Lina, 37, berlaku pada 9 Ogos lalu dan gambar anaknya, Bowo, menangis meratapi jasad ibunya yang terbaring kaku di hospital viral di media sosial.
Difahamkan, Lina bertugas menyapu jalan di Pantai Losari setiap hari dan ketika sedang menyapu di tepi jalan, dia dilanggar sebuah kereta. Mangsa cedera parah di bahagian kepala dan meninggal dunia ketika dalam perjalanan ke Hospital Siloam Makassar.
Siasatan polis mendapati, ketika mangsa sedang menyapu jalan, datang sebuah kereta Honda Brio dengan kelajuan 50-60 km/j melanggar mangsa sehingga terpelanting.
"Pemandu kereta itu dipercayai mahu memotong kereta di hadapan dan tidak menyedari mangsa yang sedang menyapu lalu melanggarnya. Pemandu itu juga disyaki memandu dalam keadaan mengantuk," kata sumber polis.
Pemandu terbabit, Abdullah Arman, 22, yang merupakan mahasiswa ditahan selepas kejadian itu bersama dengan beberapa bahan bukti dan didakwa di mahkamah.
Apa yang menyedihkan, anak lelaki mangsa yang berusia empat tahun menangis tak berhenti-henti melihat ibunya yang terbujur kaku. Kehilangan mangsa amat dirasainya kerana dia selalu menemani ibunya bekerja setiap hari.
"Mangsa langgar lari ini bertugas sebagai petugas pembersihan di Pantai Losari dan selalu ditemani anak lelakinya yang masih kecil sambil duduk menunggu ibunya bekerja.
"Pemergian mangsa meninggal dua orang anaknya yang masih kecil," kata sumber dari Facebook.
Kejadian itu membuatkan netizen berasa simpati dengan nasib anak-anak mangsa yang kini menjadi yatim paitu.
Sumber: Tagar
Post a Comment