(Video) 'Lepaskan sundal tu!' - Terlalu sayangkan skandal, suami sanggup biarkan dirinya dipukul isteri


Kantoi curang namun lelaki ini sanggup melindungi kekasih gelapnya dari dibelasah oleh isteri dan beberapa orang rakannya. 

Dalam kejadian yang berlaku di tempat awam di Anhui, China itu disaksikan oleh orang awam dan ada yang mengambil kesempatan untuk merakam kejadian tersebut dengan telefon bimbit masing-masing. 

Video menunjukkan, lelaki itu sanggup menggunakan badannya untuk melindungi kekasihnya dari pukulan dan sepakan bertubi-tubi dari isterinya. 

Tidak berpuas hati dengan tindakan lelaki itu, rakan si isteri bertindak menarik baju mangsa sehingga terkoyak dan menampakkan benda yang tidak sepatutnya. 

Si isteri dan rakan-rakannya dilihat hanya menyasarkan mangsa sedangkan si suami yang juga bersalah dalam hal itu. 

Mangsa menangis dan merayu agar tidak diperlakukan sedemikian. Malangnya rayuannya tidak diendahkan dan kepalanya ditendang serta-merta. 

Tiada orang awam yang sanggup masuk campur dan meleraikan pergaduhan itu. Sementara si suami pula meminta bantuan orang ramai untuk menghubungi polis menyebabkan dia dipukul dengan kasut oleh isterinya. 

Si suami dan kekasihnya berjaya melarikan diri sebelum polis tiba di tempat kejadian. 


Kejadian seperti itu bukanlah satu kesalahan jenayah di tanah besar China menyebabkan ramai suami atau isteri berani berdepan dengan pasangan mereka yang didapati curang serta bertindak membelasah perampas.

Apabila mereka ditahan, kebanyakan mereka dikenakan hukuman ringan sahaja. 

Sumber: Daily Mail

No comments