Wanita tikam kekasihnya sampai mati kerana kecewa 'pisang' tak cukup tegang ketika bersama
Seorang wanita berusia 39 tahun di Taiwan dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun kerana membunuh kekasihnya hanya kerana lelaki itu gagal menegangkan 'pisang'nya pada tahap maksima ketika mereka melakukan hubungan intim.
Mangsa yang dikenali sebagai Guo, 47, sebelum kejadian itu, menjemput teman wanitanya, You, 39, datang ke rumah untuk melakukan hubungan intim. Namun Guo menghadapi masalah ketika melakukannya.
You mengesyaki Guo tidak dapat menegangkan alat sulitnya kerana lelaki itu sudah melakukan hubungan intim dengan wanita lain sebelum menjemputnya datang ke rumah.
Lapor China Press, You juga mendakwa sebelum ini mangsa pernah kantoi curang terhadapnya dan terus membuat keputusan tidak berbaloi untuk dia meneruskan hubungan itu.
"Kita tak payah berjumpa lagi selepas ini," katanya dan menikam mangsa di leher dan perut sebelum pulang ke rumah dan cuba membunuh diri.
Namun, tindakannya itu disedari oleh keluarga, lalu berusaha memujuknya.
Selepas mengetahui cerita sebenar, keluarga itu membawa You ke balai polis untuk membuat laporan berhubung kejadian itu.
Kejadian itu berlaku pada Julai 2018 yang baru-baru ini dibicarakan di mahkamah di mana suspek masih kekal dengan kenyataannya mendakwa mangsa telah mengadakan hubungan intim dengan wanita lain sebelum bersama dengan dia.
"Saya tahu dia dah buat sebelum panggil saya datang sebab dia tak cukup 'tegang'."
Selain itu, You juga mendakwa mangsa pernah mempunyai tiga teman wanita dalam satu masa. Tetapi dia masih terima Guo walaupun hatinya sakit.
Lama kelamaan You tidak mahu lagi meneruskan hubungan itu. Tetapi Guo akan menghubungi You jika dia mahu mengadakan hubungan intim meskipun mereka sudah putus hubungan.
Tidak diketahui sama ada You akan membuat rayuan terhadap keputusan mahkamah itu atau tidak.
Sumber: World of Buzz, China Press
Post a Comment