'Saya nak jaga dia je' - Pasangan kekasih dicekup di hotel, disyaki berkhalwat
Seorang lelaki ditahan bersama teman wanitanya di sebuah bilik hotel di Pekan Jitra, semalam, disyaki berkhalwat.
Ketua Penolong Pengarah Bahagian Penguatkuasaan Undang-Undang Syariah, Jabatan Agama Islam Kedah (JAIK), Syeikh Radzi Abdul Mutalib berkata, lelaki berusia 21 tahun itu memberikan alasan mahu menemani teman wanitanya berusia 20 tahun untuk memudahkan mereka ke Hospital Sultanah Bahiyah (HSB) Alor Setar untuk menjalani rawatan berikutan kakinya yang cedera selepas terbabit dalam kemalangan sebelum ini.
Namun, alasan yang diberi oleh lelaki itu tidak masuk akal kerana jarak Pendang ke Alor Setar lebih dekat dari Jitra dan menyebabkan pasangan itu ditahan sepasukan anggota penguat kuasa JAIK pada jam 11.40 malam Ahad.
Ketika ditahan, lelaki itu hanya berseluar pendek dan tidak berbaju, manakala teman wanitanya pula memakai kemeja-T dan berseluar pendek, berselimut di atas katil.
Pasangan itu dibawa ke Balai Polis Jitra untuk dibuat laporan tangkapan sebelum dibawa ke Pejabat Agama Daerah Kubang Pasu untuk tindakan selanjutnya.
Pasangan itu kemudian dibebaskan dengan jaminan keluarga dan diberi tarikh untuk menghadiri perbicaraan di Mahkamah Rendah Syariah.
Kes disiasat mengikut Seksyen 25 Enakmen Kesalhaan Jenayah Syariah Kedah 2014 kerana disyaki berkurung tanpa sebarang ikatan sehingga mendatangkan syak kepada orang ramai.
Jika didapati bersalah, pasangan itu boelh didenda tidak melebihi RM3,000 atua dua tahun penjara atau kedua-duanya sekali.
Sumber: Harian Metro
Post a Comment