(Video) Wanita diragut & diseret di Dataran Merdeka


Viral di media sosial klip video rakaman kamera litar tertutup (CCTV) yang menunjukkan seorang wanita diragut dan diseret. 

Menurut sumber, kejadian itu berlaku pada jam 4 petang Khamis lalu di Dataran Merdeka. 

Mangsa yang dipercayai pelancong warga asing itu sedang berjalan di laluan pejalan kaki sebelum diragut oleh suspek yang menaiki motosikal sehingga terseret beberapa meter.

Tidak diketahui sama ada suspek berjaya meragut beg mangsa atau sebaliknya. Namun di media sosial, netizen menyelar tindakan suspek terbabit. 



Sumber: @izskyline

No comments