(Video) Budak terjatuh dalam perigi, mati selepas 4 terperangkap


Seorang kanak-kanak lelaki berusia dua tahun dilaporkan terjatuh ke dalam perigi sedalam 26 meter di India. 

Mangsa, Sujith, terjatuh ke dalam perigi seluas 30 sentimeter itu ketika bermain berhampiran rumahnya di Tiruchirappalli, tengah hari Jumaat lalu. 


Mangsa meraung meminta bantuan tetapi usaha demi usaha yang dilakukan oleh pihak penyelamat menemui kegagalan menyebabkan mangsa terperangkap lama dalam perigi itu. 

Pada hari kedua, pihak penyelamat cuba menggunakan alat robotik untuk menurunkan tali bagi mengikat pergelangan tangan mangsa, tetapi juga menemui kegagalan.


Dalam masa yang sama, oksigen juga disalurkan kepada mangsa menggunakan paip. Meskipun mangsa tidak sedarkan diri pada pagi Ahad lalu, namun dia masih bernafas. 


Pasukan penyelamat cuba menggunakan gerudi telaga minyak untuk membuat lubang bersebelahan perigi itu tetapi mesin itu rosak pada kedalaman 10 meter kerana keadaan tanah yang berbatu. 

Pada hari keempat, mangsa berjaya dikeluarkan tetapi telah meninggal dunia dan mayatnya juga sudah mereput sepenuhnya. 

Sumber: Harian Metro

No comments