'Memang celak# lah orang yang potong rambut anak aku macam ni' - Ibu bengang rambut panjang anak dibela 4 tahun dipotong pengasuh


Berang rambut panjang anak perempuan dipotong, ibu kepada kanak-kanak berkenaan meluahkan rasa tidak puas hatinya terhadap pengasuh anaknya. 

Menurut Wan Nurul Awanis berkata, rambut anaknya, Ainul, yang dibela selama empat tahun itu dipotong dua kali tanpa keizinannya. Kali pertama rambut anaknya dipotong, dia hanya mendiamkan diri. Tetapi bila kali kedua, dia tidak boleh menahan sabar lagi dan menuntut penjelasan dari pihak pengasuh.

"Memang celak# lah orang yang potong rambut anak aku macam ni. Punya sakit hati dengan aku, anak jadi mangsa. Jaga anak orang tapi tak ikhlas.

"Cerita minggu lepas, saja nak meluah. Hati masih sakit ni haa. Balik kerja pukul lima nak kena ambil anak jam lima tepat. This is pala bana.

Ini kali kedua dia potong. Alasan dia, serabut tengok rambut anak aku. 

Ini kali pertama dia potong tanpa izin aku. Aku diam tak cakap apa-apa. 

Yang ini aku perbetul dah bagi elok sikit. 

Ini rambut yang asalnya panjang dia cakap serabut. 

Berdasarkan gambar screenshot yang dikongsikan, pihak pengasuh menjelaskan dia rimas melihat rambut Ainul yang panjang dan berserabut, malah mendakwa rambut kanak-kanak itu tidak dikemaskan oleh ibunya sendiri. 

Penjelasan itu tidak dapat diterima oleh Wan Nurul Awanis, apatah lagi mereka tidak meminta kebenaran darinya untuk berbuat demikian. 




Perbualan mereka itu kemudian semakin hangat apabila masing-masing tidak mahu mengalah dan sehingga masalah yang lama juga diungkit.

Ini bengkak kat dahi dia sebelum-sebelum ini, aku diam saja sebab takut cakap aku cerewet ka apa. Fikir anak sendiri buaslah. Diorang pun tak cakap apa-apa, diam sajalah. 




Dalam mesej itu, Wan Nurul Awanis menegaskan dia akan membuat laporan terhadap pengasuh berkenaan dan memfailkan saman malu. 

Pihak pengasuh bagaimanapun tidak gentar dengan ugutan saman itu.

"Terpulanglah. Selama ini kami bersabar je. Kami gtau cuti, hang tetap hantar anak hang. Ambil lewat sentiasa apa kami tak kata. 

"Tak apalah hak hang nak saman kami ka masuk kami dalam penjara ka. Hang nak ganti rugi pun kami bayar. Mohon beribu kemaafan atas kesalahan kami selama ini," jelas pihak pengasuh berkenaan. 


No comments