Mabuk, lelaki belasah & penggal kepala bayi berusia 8 bulan tanpa sebab
Seorang lelaki berumur 48 tahun dijatuhkan hukuman mati di Belarus kerana membelasah dan memenggal kepala bayi perempuan berusia 8 bulan.
Viktar Sharhel dihukum mati oleh skuad penembak kerana membunuh Anna, anak kepada rakannya, Natalya Kolb, 26, di rumah mangsa.
Natalya yang juga didakwa bersubahat dalam kes pembunuhan itu dijatuhkan hukuman penjara selama 25 tahun.
Pada hari kejadian, Viktar dan Natalya sedang minum minuman keras, sebelum bapa mangsa, Leonid Kolb, pulang ke rumah menemui anaknya mati dalam keadaan yang mengerikan.
Leonid Kolb (2 dari kiri) |
Natalya Kolb |
Apabila Leonid masuk ke rumah, dia ternampak mangsa terbaring berlumuran darah di lantai dan kepalanya dipenggal.
Tidak berapa lama kemudian, pasukan perubatan tiba di tempat kejadian dan doktor yang menguruskan kes itu juga pengsan melihat keadaan mayat mangsa.
Hasil bedah siasat mendapat ada sebanyak 46 kesan kecederaan di badan dan mangsa telah dibunuh dengan pisau dapur.
Menurut jiran berdekatan, pasangan itu sebelum ini kelihatan bahagia seperti pasangan-pasangan lain dan baru-baru ini mereka telah membaptiskan bayi itu di Gereja Orthodox.
Sumber: Daily Mail
Post a Comment