12 berita trending minggu ini
*Sila tekan tajuk untuk ke bacaan berita selanjutnya
Hanya kerana seekor kucing, seorang wanita sanggup membunuh rakan serumahnya dalam kejadian pada 29 Mac lalu. Anastasia, 41, memukul mangsa (lelaki) yang berusia 39 tahun itu dengan menggunakan tukul sehingga mati, kerana mangsa membunuh kucing kesayangannya.
Difahamkan, mangsa berkongsi bilik tidur bersama kedua-dua orang tua serta adik perempuannya. Sehinggalah pada Januari 2016, mangsa terjaga dari tidur apabila berasa badannya diraba sebelum dirogol oleh bapanya sendiri.
"Akaun Maybank adik aku kena hack. Life saving dia sejak dari 2009 lebur RM40,000. Dah report polis dengan freeze akaun tu. Bank deny about the hacking, they continously deny and push the responsibilty kat adik aku," - Abang mangsa.
Sebaik masuk ke bilik dan bersiap untuk mandi, Aki terdengar bunyi bising dari bilik sebelah di mana penghuninya sedang melakukan hubungan intim. Aki mula curiga dengan suara wanita itu dan merasakan ia sama seperti suara teman wanitanya lalu pergi mengetuk pintu bilik sebelah dengan harapan andaiannya tidak betul.
Ketika itu, ibu mangsa dan beberapa kakitangan restoran cuba membuka pintu itu tetapi dihalang oleh Ninow. Apabila mereka berjaya membuka pintu itu, mereka mendapati lelaki itu tidak berpakaian dan begitu juga dengan mangsa.
Saya ikut sahaja sebab fikir mungkin dia penat dan baru balik kerja dan masih lagi memakai scrub. Namun dia kata dia tak larat nak menghantar saya pulang ke rumah di Cyberjaya. Kami tidak dapat mengawal nafsu dan terjadilah perkara yang kami sangat takuti. Benda dah terjadi dan tak boleh diundur lagi.
Kesal dengan dakwaan tidak berasas dan fitnah itu, bekas suami Cleopatra, Datuk Mohd Nasir Yaacob, 46, tampil memberi penjelasan sekali gus menutup mulut netizen. "Dia bekas isteri saya, ibu kepada dua anak kami dan memang wanita tulen. Bukan pondan seperti mana yang didakwa oleh segelintir warganet," kata usahawan itu.
Ketika dua wanita itu bertengkar, Ramya ada memaklumkan dia terbeban dengan hutang yang banyak. Perampas itu kemudian menawarkan diri untuk membayar semua hutang tersebut sekiranya Ramya bersetuju bercerai dengan suaminya.
Susulan viral itu, netizen mengkritik Sabee yang berkelakuan biadab dan menegaskan kakitangan AirAsia hanya mengikut protokol dan tidak seharusnya diperlakukan seperti itu. Bagaimanapun, video tersebut telah dipadamkan dan Sabee memohon maaf di atas kelakuannya dna berharap pihak AirAsia dapat menerima pemohonan maafnya itu.
"Isteri founder produk s*****. Hari-hari buat live jual produk. Si suami kalau bukan jadi driver, jadi tukang ulang alik duk sibuk ke sana ke sini. Tak tahu apa nak buat. Isteri dapat duit hasil jual produk, hasil jual muka, hasil jual maruah dalam live video. Duit bagi pada suami. Lepas tu suami pun beli hadiah pada isteri menggunakan duit isteri."
Beberapa gambar restoran tomyam itu terutama bahagian lantai yang kotor dan dapur yang menjijikkan mendapat respons negatif daripada netizen selepas ia tular di Facebook semalam. Pemilik restoran perlu melakukan pembersihan menyeluruh dalam tempoh penutupan dan akan diperiksa sekali lagi oleh Jabatan Kesihatan sebelum dibenarkan beroperasi semula.
Rasa berdebar dan cemas apabila membaca perkongsian Doktor Faruq Zulkafli mengenai proses menyelamatkan seorang pesakit yang baru terlibat dalam kemalangan jalan raya. Kisahnya, seorang remaja lelaki berusia 17 tahun menunggang motosikal tanpa memakai topi keledar terlibat dalam kemalangan yang menyebabkannya cedera parah.
Post a Comment