'Tak sukalah!' - Zarina tepis handphone wartawan yang cuba merakam gambarnya
Semalam, pelakon Zarina Zainuddin, 48, menepis telefon bimbit wartawan yang cuba merakam gambarnya selepas dia dikenakan hukuman denda RM17,500 oleh Mahkamah Majistret Petaling Jaya atas pertuduhan memiliki dan menjual alat kosmetik tidak bernotifikasi.
Ketika dijatuhkan hukuman, Zarina menitiskan air mata dan memohon mahkamah menjatuhkan hukuman ringan terhadapnya dengan alasan dia sudah menutup syraikat itu dan hanya buat di rumahnya.
Zarina didakwa menjual satu set kosmetik mengandungi sekotak Addura Black Soap, satu bekas Addura Day Cream, satu bekas Addura Night Cream dan turut memiliki tiga set yang sama. Selain itu, dia juga didakwa atas empat pertuduhan memilik kosmetik yang tidak bernotifikasi.
Pegawai Pendakwa dari Cawangan Penguatkuasaan Farmasi Selangor, Ong Saily terdahulu memohon mahkamah menjatuhkan hukuman setimpal terhadap Zarina kerana itu bukan kesalahan kali pertamanya.
Sementara itu, Zarina pula mendakwa dia dianiaya namun enggan memberikan komen lanjut kerana sudah membayar denda yang diperintahkan mahkamah.
"Saya rasa dianiaya. Apapun saya tak nak komen lanjut kerana sudahpun buat pembayaran seperti yang diperintahkan mahkamah.
"Apa yang pasti, saya lebih berhati-hati pada masa akan datang. Malah saya akan buat pendaftaran mengikut prosedur seperti ditetapkan pihak berkenaan," katanya.
Menurut Zarina, selain berlakon dia juga mencari rezeki dengan berniaga demi menyara keluarganya.
"Asalkan rezeki halal untuk anak dan keluarga, saya pasti usahakan sebaik mungkin termasuk berniaga pulut kuning," katanya.
Sumber: Harian Metro
Post a Comment