Pesalah homoseksual akan dihukum mati - Menteri Uganda
Uganda telah mengumumkan rancangan untuk memperkenalkan semula rang undang-undang yang akan membawa hukuman mati bagi pesalah homoseksual di negara Afrika Timur.
Undang-undang tersebut dikenali sebagai Rang Undang-undang Membunuh Golongan Gay yang telah dibatalkan lima tahun yang lalu atas sebab-sebab teknikal, tetapi kerajaan kini mempunyai perancangan untuk membangkitkannya semula dalam masa beberapa minggu.
"Homoseksual bukan budaya masyarakat di negara ini dan terdapat aktiviti pengumpulan gay di sekolah terutamanya di kalangan remaja di mana mereka mempromosikan kononnya mereka sudah dilahirkan dengan naluri seperti itu.
"Kami mahu menegaskan bahawa, sesiapa sahaja yang terlibat dalam aktiviti itu perlu dikecam dan mereka yang melakukan perbuatan itu akan dikenakan hukuman mati," kata Menteri Etika dan Integriti, Simon Lokodo.
Negara-negara Afrika seperti Uganda adalah antara negara yang menentang hubungan sejenis kerana perbuatan itu dianggap sebagai 'taboo' dan jenayah di mana pesalah homoseksual boleh dihukum penjara sehingga mati.
Sumber: Daily Mail
Post a Comment