Kucing dimasukkan air (drip) selepas kepenatan mengawan dengan 5 ekor kucing betina dalam 1 malam


Seekor kucing baka Russian Blue di China bernama Xiaopi, mengawan dengan lima ekor kucing betina dalam satu malam selepas ditinggalkan di hotel kucing oleh pemiliknya. 

Xiaopi yang mengalami keletihan melampau sehingga terpaksa dimasukkan air (drip). 

Pemiliknya, Zhao berkata, dia tidak menyalahkan Xiaopi dalam insiden itu tetapi dia mempersoalkan kakitangan premis itu yang membiarkan Xiaopi berkeliaran dengan bebas di hotel itu terutamanya setiap malam di mana kucing sangat aktif pada waktu tersebut. 

"Di antara jam 10.40 malam hingga 5 pagi, kucing saya mengawan dengan lima ekor kucing betina. Dan semua itu saya boleh nampak dalam video kamera litar tertutup (CCTV). 

"Malah premis itu enggan bertanggungjawab dan meminta saya memberi penjelasan kepada lima pemilik kucing betina itu. 

"Kucing saya kini keletihan dan terpaksa dimasukkan air, adakah itu salah saya?" soalnya. 

Namun, pemilik hotel kucing itu akhirnya tampil memohon maaf kepada Zhao dan menawarkan diri untuk membayar kos rawatan dan memberi pampasan kepada pemilik kucing betina sekiranya kucing mereka hamil. 

No comments