Dirogol anak saudara bergilir-gilir, dipaksa bekas suami minum asid
Seorang wanita berusia 28 tahun dirogol oleh beberapa anak saudaranya dan dipaksa oleh bekas suami minum asid di hadapan anak perempuannya berusia dua tahun.
Mangsa yang berasal dari Ratlam, Madhya Pradesh, India, terdahulu diculik bekas suaminya pada Isnin lalu dan didera secara fizikal.
Polis telah menahan empat suspek, manakala seorang lagi suspek sedang diburu.
Difahamkan, mangsa sebelum itu dalam perjalanan ke kedai menjahit dengan anaknya dan tiba-tiba didatangi sekumpulan lelaki yang menculik dan membawanya ke sebuah ladang di Kharchod.
Empat suspek yang merupakan anak saudaranya merogol mangsa selepas mangsa dibelasah oleh bekas suaminya.
Keesokan harinya, bekas suami sekali lagi membelasah mangsa dan mencucuh badannya dengan puntung rokok sebelum memaksa dia meminum asid menyebabkan dia pengsan.
Mangsa dan anak perempuannya kemudian dicampak ke satu kawasan lain sebelum diselamatkan oleh orang awam yang membawanya ke hospital.
Menurut laporan media tempatan, mangsa berkahwin dengan bekas suaminya itu sejak 8 tahun lalu dan mempunyai dua anak. Namun dia mengambil keputusan untuk meninggalkan suspek kira-kira setahun yang lalu.
Sumber: Daily Mail
Post a Comment