Bayi tersadung, mulut tertusuk chopstick sehingga tembus ke otak
Seorang bayi perempuan berusia satu tahun di China enggan duduk diam ketika diberi makan oleh ibu bapanya pada waktu pagi hari kejadian.
Setelah disuap dengan makanan, bayi itu dibiarkan seketika dan difahamkan bayi itu baru saja belajar berjalan.
Seperti kanak-kanak yang lain, bayi itu berjalan dan berlari dengan chopstick di tangannya.
Malang tak berbau, mangsa tersadung lalu terjatuh di mana chopstick yang dipegangnya itu tertusuk ke dalam mulut sehingga tembus ke bahagian otak.
Mangsa terus menangis kerana kesakitan ekoran tertusuk chopstick berukuran 16 sentimeter itu.
Terkejut dan panik melihat keadaan mangsa, ibu bapanya terus membawanya ke hospital. Setelah menjalani CT Scan, mangsa terus dibedah segara untuk mengeluarkan objek tersebut.
Ketika pembedahan itu berlangsung, doktor mendapati 2 sentimeter dari chopstick itu telah menembusi otak mangsa. Mujur objek itu tidak menembusi otak mangsa terlalu dalam dan mangsa dirawat di Unit Rawatan Rapi untuk kerana berisiko terkena jangkitan.
Sumber: Oriental Daily, World of Buzz
Post a Comment