'Ayah, muka aunty ni macam ibu' - Ramai yang menangis selepas membaca kisah sedih ini
Sebak membaca perkongsian gadis ini. Tiada ulasan panjang, boleh terus baca kisah sedih ini. Tanggung sendiri jika mata anda bocor.
CERITA sedih hari ni. Aku tengah scan barang then masukkan dalam plastik. Then customer aku ni lelaki dengan anak lelaki dia yang putih dan cute sangat cakap kat ayah dia,
"Ayah, muka aunty ni macam ibu."
Then si ayah dukung dan peluk dia dengan mukanya yang nampak sedih. Aku pun macam, tak apalah.
Selepas selesai buat bayaran, ayah dengan budak comel itu keluar dari kedai dan anak dia toleh kat aku. Aku pandang je la dia turun dan masuk balik kedai dan dia cakap,
"Aunty, can I hug you?"
Aku cam, uish! Aku peluk je la, dia kiss pipi aku weh! Dia bau tudung aku. Pastu dia cakap,
"Aunty bau macam ibu.."
Mana mak dia ni? Ya Allah, awat dia peluk aku? Pastu ayah dia kata,
"Isteri saya baru meninggal dua minggu lepas sebab kanser rahim."
Aku terus menangis weh peluk budak tu sebab sebak sangat. Pastu ayah dia ajak balik. Then dia boleh cakap,
"Babai ibu"
Aku macam.. weh terasa macam ada anak do. Haih! Dah la comel plus kesian dekat dia sebab umur tiga tahun dah tak ada mak. Hurm.. hopefully awak membesar dengan happy ye sayang.
Story ini betul ye. Kalau budak comel itu datang lagi, aku ambil gambar dia okey and please kalau yang mana rasa tak nak percaya, atleast doakan kebahagian budak comel ini okey.
Netizen - "Macam kat drama pula. Tapi kalau kat drama, kena kahwin dengan ayah budak tu."
Ini bukan drama, kesian dekat budak tu sebab mak dia dah meninggal masa umur dia kecil dan ya, takkanlah jumpa bapak dia terus nak try kan? Hahaha! Agak-agaklah, saya ni baru lepas SPM, lepas ni nak sambung belajar. Saya masih bujang dan saya sudah berpunya. Hehe!
Sumber: Farieshabalqis
Post a Comment