(Video) Kantoi rakam bawah skirt, pegawai Timbalan Menteri KDN dipecat serta-merta
Menurut laporan media, kejadian itu berlaku pada 8 September di sebuah kedai cermin mata di Solaris Dutamas, Kuala Lumpur, di mana lelaki yang mengiringi Timbalan Menteri Dalam Negeri Datuk Mohd Aziz Jamman yang merakam video bawah skirt kakitangan premis, tersebut yang sedang memeriksa mata Azis Jamman.
Berdasarkan laporan polis yang dibuat mangsa, Khee, Azis bersama pegawainya datang ke premis itu pada jam 11 pagi untuk membuat pemeriksaan mata.
Pada awalnya, lelaki terbabit beralih tempat duduknya mendekati belakang mangsa yang kemudian mengeluarkan telefon bimbitnya seakan membuat rakaman dari bawah skirt mangsa.
"Ketika itu saya merasa tidak selesa dan curiga dengan tindakannya, namun membiarkan kerana menjalankan tugas pemeriksaan mata terlebih dulu.
"Namun, perasaan curiga saya itu betul apabila mendapati lelaki itu sedang mereakam bahagian bawah skirt saya berdasarkan semakan rakaman kamera litar tertutup (CCTV) di kedai," katanya.
Terkejut dengan rakaman itu, Khee membuat laporan polis semalam dan Ketua Polis Daerah Sentul, Asisten Komisioner R Munusamy mengesahkan menerima laporan tersebut dan pihaknya sedang menyiasat kes berkenaan.
Sementara itu. Azis melalui kenyataan medianya disiarkan melalui Facebook berkata, beliau mengambil maklum mengenai kejadian itu dan mengutuk perbuatan pegawai terbabit.
"Tindakan dan perbuatan sedemikian adalah terkutuk dan keji. Saya juga mengambil keputusan untuk bertindak tegas terhadap pegawai tersebut yang membuat rakaman itu.
"Selepas membuat pertimbangan, keputusan untuk memecat pegawai tersebut dibuat serta-merta kerana tindakan tersebut yang menjejaskan imej dan kredibiliti saya selaku Timbalan Menteri Dalam Negeri dan pejabat Timbalan Menteri.
Sumber: Harian Metro, OH.MY Parlimen, MalaysiaKini
Post a Comment