'Aku menangis syukur bila doktor beritahu I'm free from cancer'


Penyakit kanser bukan satu penyakit yang boleh dipandang remeh kerana penyakit ini cepat menular. Penyakit ini juga tidak mengenal usia dan jantina, sesiapa sahaja akan diserang dengan penyakit ini. Sesiapa sahaja yang mendengar penyakit ini akan berasa gerun dan takut. Walaubagaimanapun, setiap penyakit itu ada ubatnya dan kita perlu berusaha mencari penawar di sebalik kesakitan itu.

Seorang bekas pesakit kanser berkongsikan kegembiraan beliau setelah dimaklumkan oleh doktor bahawa dia telah bebas dari penyakit tersebut. Dia juga berpesan kepada pesakit di luar sana agar tidak berputus asa melawan penyakit ini.

Dia turut berkongsikan rahsia pemakanannya. Setiap hari dia minum air putih dan juga mengamalkannya selepas bangun dari tidur. Dia turut memperbanyakkan sayuran di dalam pemakanannya. 

DOKTOR report i’m free from CANCER (Neuroma Akustik).

Tak sia-sia aku berdoa, jaga pemakanan, do the healthy activity and lastly Allah kabulkan doa aku. Aku menangis bila doktor beritahu aku, terus sujud syukur. Patutlah aku rasa tenang sangat 2-3hari lepas. Thank you Allah.

Untuk pesakit luar sana, jangan putus asa okay?? Kalau Allah itu sayang kita pilih kita, dia akan bagi yang terbaik untuk kita. Semoga Allah memberi kesihatan dan kesembuhan kepada korang. Keajaiban Allah itu sungguh indah.


Doktor said, tumor aku dah kecut and he suggest me for do operation ASAP. InshaAllah settle kerja aku buat pembedahan. So, aku takkan tunggu lama sangat. Terima kasih kepada yang mendoakan, semoga Allah balas kebaikan yang lebih kepada korang. 

Aku just ambil makanan yang natural. Minum air putih setiap hari. Sehari 12 kali dan amalkan selepas bangun tidur. Aku tak makan 3 jam sbelum tidur. Aku banyak makan ubi, lobak dan sekutu dengannya. Aku non-vege. Tapi aku paksa juga. Selebihnya aku bersenam tiap hari.

Aku sendiri tak tahu macam mana benda itu hilang dan aku yakin dengan Allah. Semua yang kita dapat dari Dia, Dia yang berkuasa. Believe in Allah. Keep praying to ourself and everyone.

Thanks untuk semua mendoakan, semoga Allah balas kebaikan yang berganda kepada anda semua. Maaf lambat untuk ucap sebab hari ini hang out happy sangat.

No comments