'Penangan cerita seram sampai seat F17 berbau hancing!'


Hasrat seorang lelaki yang mahu menonton filem di panggung wayang terbantut apabila tempat duduknya berbau hancing. 

Yusri Arahim (@yusriarahim) berkongsi rasa kesalnya itu di Twitter yang juga mendakwa berkemungkinan ada individu yang menonton cerita seram sehingga terkencing dalam seluar. 

"Seat F17, GSC Time Square. Penangan cerita Munafik ke ni? Bau hancing, ni mesti perempuan yang terkucil," tulisnya. 



Menurut Yusri, tempat duduk berbau hancing itu Hall 9, GSC Time Square. 

"Hall 9, tengok cerita The Nun ke atau Munafik sampai terkencing? Tak ada perempuan yang nak mengaku ke?" tulisnya.

Susulan viralnya tweet itu, pihak GSC telah mengambil tindakan dengan menukar kusyen tempat duduk tersebut dengan yang baru. 


Sementara itu, netizen menyarankan mana-mana individu yang lemah semangat atau mudah terkencing kerana ketakutan memakai lampin pakai buang agar kejadian seperti itu tidak berulang lagi.

Bagaimanapun, ada netizen juga tidak menolak kemungkinan kanak-kanak yang terkencing akibat ibu bapanya yang terlalu 'cerdik' membawa anak menonton filem seram. 

No comments