'Kau guna gambar anak aku pergi scam orang, jadah apa dol?!'
Baru-baru ini, tersebar di media sosial dakwaan seorang individu kononnya sebuah pusat anak yatim bakal ditutup dan tidak diketahui nasib anak-anak yatim di pusat berkenaan.
Bagaimanapun, bapa kepada kanak-kanak dalam gambar yang tersebar itu tampil menafikan dakwaan tidak berasas itu.
"Wahai makhluk media sosial, mohon kerjasama hentikan viral merapu korang ini. Aku bapa kepada budak-budak yang korang viralkan," kata Hizami Ejump dia Facebooknya.
Menurut Hizami, laporan polis telahpun dibuat dan difahamkan, beliau turut membuat aduan kepada pihak Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia (SKMM).
Dalam kenyataan itu juga, Hizami menyelar tindakan individu yang tidak bertanggungjawab menyebarkan gambar anak-anaknya untuk mendapatkan sumbangan dari netizen.
"Kalau ada sesiapa berani claim ini anak diorang, meh jumpa aku. Ada benda aku nak cakap sikit. Kau guna gambar anak aku pergi scam orang jadah apa dol? Dah tu kau cakap aku dah mati, anak yatim konon. Anak yatim abah kau!
"Ini benda serius, pakai otaklah nak viral pun. Entah-entah sindiket pemerdagangan manusia ke, organ ke, scam duit ke.
"Apa-apa yang terjadi selepas ini, just follow the rules of law. Aku tak ada simpat sangatlah. Damage pun dah jadi. Pandai-pandailah tanggung.
"Ini semua bunga-bunga kes-kes penculikan supply and demand. Ada benda aku boleh main-main, tetapi bab anak janga buat main. Siapa dalang yang sebarkan ini, kejap lagi kenalah kau. Kau ingat SKMM itu kedai telefon tepi jalan ke? ID korang semua dalam sistem diorang je.
"Lain kali kau snap gambar nenek kau tengah mandi, kau hantar kat Bersamamu, minta derma. Senang betul cari duit zaman sekarang ini kan," katanya.
Orang ramai dinasihatkan untuk tidak lagi menyebarkan gambar-gambar tersebut. Semoga menjadi pengajaran kepada semua pihak agar siasat maklumat yang diterima sebelum dikongsikan di media sosial.
Post a Comment