'Ada lembaga macam lelaki bertenggek atas kereta' - Customer langgar pantang, keluarga pengubat terkena tempias


Adakalanya timbul persoalan apakah yang dirasai dan dilalui oleh ahli keluarga kepada individu yang mempunyai kelebihan untuk mengubati orang yang terkena sihir, santau dan yang sewaktu dengannya. Adakah mereka juga terkena tempias? Pernah menyaksi benda-benda yang tidak dapat dilihat oleh mata kasar? 

Terbaru, seorang pengguna Twitter berkongsi pengalamannya terkena tempias dari 'benda' yang menyerang pesakit bapanya. Apa yang mengerikan, makhluk itu 'menyerang' mereka sehingga menyebabkan cermin kereta pecah. Sukar untuk dipercayai? Baca dulu perkongsian dari beliau. 

GAIS, minta tolong doakan aku dengan family aku. Aku dalam kereta ni, cermin belakang retak dan ada lembaga macam lelaki bertenggek di atas kereta. Aku on the way balik, ayah aku dah standby. 

Rabu lepas, ada orang datang berubat dengan ayah aku, katanya kena gangguan. Aku tak kisahlah. Bapak aku berubat dan bagi instruction on few things dia kena buat sebaik sahaja customer ini balik rumah. Dengan syarat, malam itu lepas dia habis bakar ayat bacaan itu, tutup balang dan jangan buka pintu sampai subuh. 

Okey, tetapi this particular idiot called my dad at 2:00 am in the morning kata dia buka pintu. Who on earth pukul dua pagi buka pintu? Katanya ada orang suruh buka pintu. Nah! Dia dah langgar pantang. 

Khamis malam Jumaat, dia ambil bapak aku balik ke rumah dia. Berubat apa semua, 'benda' itu dah mengamuk. 

Okey. Tadi selepas maghrib, orang yang berubat dengan ayah kau tadi out of nowhere called my mom, asking about my sister. Tak sampai seminit, he ended the call. 

As soo as he ended the call, there was a huge lembaga nep cermin belakang kereta. Bunyi meletup kuat gila dan retak sampai adik aku drive langsung tak nampak apa-apa di belakang. 

Aku dah panik, menggigil teruk. Nasib baik serpihan kaca itu tidka mengenai muka aku. Adik ketiga yang drive kereta terus memperlahankan kereta. Adik bongsu yang duduk di sebelah aku dok tercarik-carik. Sekali dia pandang cermin pantulan belakang itu, dia nampak muka lelaki. 

Hidung dia mancung, kening garang pandang tepat pada adik bongsu aku. Sudahlah kitorang berdua je duduk di kerusi belakang, mana adal elaki dalam kereta. Dia pun breakfown. 

Mak aku yang berada di seat passenger depan mengamuk dan terus call the guy earlier (bab ini aku kesian). 

So aku dah start menggigil, adik bongsu aku menangis ketakutan, mak suruh ulang-ulang baca ayat kursi. Sampai Taman Sri Watan, kitorang kena nep di EXIT E09 Sungai Besi, betul-betul selepas tiang lampu kira-kira 200 meter away from toll. 

Sampai rumah, ayah aku sambut dan terus mulakan bacaan dia. Settle kereta, kitorang parking. Ayah aku peluk aku. Katanya, besides than tempias benda customer yang ayah aku berubat itu, bercampur roh orang yang meninggal tak aman dengan toll Sungai Besi tadi. Campur lagi sebab salah seorang dari kami yang period, memang ngam tempias dia. 

Badan aku start demam panas, cuak! Jatuh air muka aku sebagai anak sulung. Okey, sekian. 

Sumber: @mxddoxrebel

No comments