'Pedih weh! Helmet pun terkoyak kena tali pancing ni'


Bukan pertama kali taktik keji ini digunakan oleh pihak yang tidak bertanggungjawab untuk menganiaya atau menyamun golongan penunggang motosikal, terbaru taktik yang sama digunakan berlaku di kawasan Gombak. 

Afiq Izwan yang menjadi mangsa tali pancing, memberi peringatan kepada penduduk di kawasan Gombak, khususnya penunggang motosikal agar berhati-hati apabila melalui jalan masuk dari DUKE ke dua taman perumahan yang menjadi sasaran pihak berkenaan. 

BISMILLAH, minta tolong viralkan. Perhatian penduduk Gombak, ini bukan bahan melawak! 

KRONOLOGI KEJADIAN


6.39 petang, 17 September 2018 (Isnin). Perhatian kepada penduduk Gombak terutamanya yang menggunakan susur masuk dari DUKE untuk masuk ke Taman Perumahan Koperasi Fasa 1 dan Taman Rowther. 

Ini bukan cerita mitos tetapi terjadi pada diri saya sendiri. Ada manusia yang tidak berhati perut telah memasang jerat di selekoh (rujuk gambar pertama). 


Bagi orang yang tidak tahu, ini adalah tali pancing yang permukaannya sangat kasar. Biasanya orang gunakan tali ini untuk menyamun budak moto yang takut nak menggunakan laluan motosikal (Tol). Sebab itu ramai mat moto takut nak menggunakan laluan motosikal bila waktu malam, inilah sebabnya! 

Pedih weh! Sedangkan pakai helmet dan bawa perlahan pun boleh sampai terkoyak helmet. 



Okey, cuba bayangkan kalau ada orang yang tak pakai helmet dan penunggangnya pula tunggang motosikal dengan kelajuan tinggi. Tak terkehel ke leher dia? 

Nampak seperti remeh, kan? Tetapi yang remeh itu yang berbahaya sebenarnya. 

Jadi, peringatan kepada semua orang terutamanya penduduk Gombak untuk berhati-hati apabila lalu di kawasan ini terutamanya bila waktu malam. 

Jemput viralkan untuk keselamatan semua. 

Sumber: Afiq Izwan

No comments