'Awak pergi tinggalkan saya bersama anak kita'
Seorang wanita diduga kehilangan suaminya tatkala dia sedang mengandung cahaya mata mereka. Hatinya sudah tidak keruan sebelum kejadian berlaku. Panggilan telefon yang diterima mengejutkannya dan dia pasrah menerima kehilangan suaminya yang telah pergi menghadap penciptaNya.
DUA minggu lepas, waktu macam ni lah hati saya tak tenang. Waktu sekarang inilah saya risaukan awak.
Betul, naluri seorang isteri jarang sekali salah. Allah gerakkan saya untuk WhatsApp awak, namun awak tak reply. Allah gerakkan hati saya untuk call awak walau saya tau awak tengah ride nak balik. Balik nak jumpa saya kat rumah.
Tapi bila saya call, sahabat awak cakap awak jatuh motor. Awak accident tak sedarkan diri. Ya Allah, gugur jantung ini bila kawan awk cakap macam tu. Masa tu saya hanya fikirkan yang awak accident biasa. Which is, saya kena pergi hospital dan jaga awak sampai sembuh.
Jadi, waktu macam ni jugaklah saya ambil sepersalinan baju saya dan juga baju awak, saya masukkan dalam beg tanpa fikir panjang terus drive ke Ipoh berseorangan.
Masuk je Latar, saya call awak lagi dan kali ini sahabat awak juga yang angkat. Saya tanya condition awak dan saya minta gambar awak untuk saya lihat sendiri keadaan awak, tapi saya hanya dengar raungan dari sahabat awak. Raungan yang mengatakan awak dah tak ada. ALLAH. ALLAH. ALLAH.
Betul ke apa yang saya dengar? Sungguh saya tak percaya. Allah. Kelu lidah saya. Menggigil kaki saya. Air mata? Air mata jatuh bagaikan air hujan menemani perjalanan saya untuk lihat sendiri dengan apa yang saya dengar. Sungguh. Saya tak percaya saat itu.
Tapi saat saya sampai di Jabatan Forensik Ipoh, saya cuba tabahkan diri. Saya cuba yakinkan yang itu bukan awak. Tapi saya lihat sahabat awak pegang pouch beg awak, saya lihat handphone awak di tangannya. Saya lihat mereka terduduk di tangga. Ya Allah. Sepi. Sesepi malam itu. Hanya air mata yang menemani malam saya.
Sungguh, awak pergi tinggalkan saya bersama anak kita. Anak yang dalam kandungan saya. Awak pergi dengan tenang dan saya tau, saya perlu kuat untuk zuriat kita ini. Zuriat kita yang bakal mendoakan awak dan saya.
Sayang, rupanya awak bukan balik nak jumpa saya tapi awak balik kepada Pencipta nan satu. Awak balik ke tempat asal awak. Patutlah awak tak balas WhatsApp saya dan lepas ni memang tak akan ada satu pun WhatsApp dari awak buat sang isteri ini. Hanya perbualan lama sahaja yang menjadi pengubat rindu saya pada awak.
Salam sayang dari isterimu, masih mencari bekalan buat pengakhiran
Sumber: Noor Zamzuriani Zakaria
Post a Comment