'Gambar ibu-ibu mengandung pun diorang nak buat modal'
"Peringatan untuk ibu-ibu mengandung. Saya pun tak tahu ada juga manusia yang terlampau gila seks sampaikan gambar-gambar ibu mengandung pun diorang nak buat 'modal'. Bodoh betul lah! Manusia jepas apalah diorang ni?!
"Jadi, untuk ibu-ibu mengandung tolonglah berhati-hati sebelum nak muat naik gambar anda di media sosial. Jangan disebabkan nak tunjuk baby bump, tetapi gambar awak semua dicuri dan dijadikan modal untuk golongan manusia gila seks ini," demikian peringatan yang diberi oleh Athirah Arshad di Facebooknya baru-baru ini.
Beliau sempat membuat 'screenshot' gambar-gambar mangsa berserta dengan kapsyen yang disertakan, ternyata sangat menjijikkan untuk dibaca.
Difahamkan, gambar-gambar itu semua di muat naik di laman Tumblr. Bagaimanapun, semakan mendapati pengendali akaun tersebut telah membuang kesemua gambar-gambar itu.
Golongan ibu-ibu mengandung dinasihatkan untuk tidak memuat naik gambar sedemikian di mana-mana laman sosial atau buat tetapan di mana gambar itu hanya boleh dilihat oleh kenalan wanita sahaja, bagi mengelakkan anda menjadi mangsa golongan berkenaan.
Post a Comment