260 senarai pemaju perumahan bermasalah
Sebelum membuat keputusan untuk membeli rumah, orang ramai terutamanya mereka yang baru pertama kali mahu membeli rumah dinasihatkan untuk memeriksa latar belakang pemaju perumahan. Ini bagi mengelakkan anda ditipu atau menanggung kerugian di kemudian hari.
Percayalah, di peringkat awal, ejen-ejen yang dilantik oleh pemaju akan menjanjikan bulan dan bintang agar anda tertarik dan akhirnya tersangkut. Jika pemajunya jujur dan mempunyai rekod cemerlang, anda bernasib baik.
Jika sebaliknya? Rumah yang sepatutnya siap pada tarikh yang ditetapkan, akan mengambil masa tambahan mungkin setahun ke atas atau langsung menjadi projek terbengkalai.
Oleh yang demikian, anda dinasihatkan memeriksa nama pemaju yang telah dimasukkan dalam senarai hitam pemaju perumahan yang bermasalah, yang disenaraikan oleh Jabatan Perumahan Negara (JPN), Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT).
Post a Comment