(Video) 'Gua tak goyang, lu ibarat anjing!' - Abang Long Setapak kena belasah, netizen tepuk tangan
Dalam kejadian di Tasik Perdana pada malam semalam, Sapik atau nama sebenar Syafiq Fadzil yang berasal dari Setapak itu membuat rakaman video live di Facebook, mencabar Acap dan Uchuk Raver datang untuk berlawan tarian raver dengannya. Malah dia turut mendakwa dua individu yang disebutnya itu penakut.
"Gua tak ada hal la setakat Acap, budak Tiger. Gua tak goyang la. Mari sini hentak gua sekarang! Gua kat Tasik Perdana ni. Lu orang mari.
"Lu roger la siapa-siapa pun. Ini Sapik la! Tak goyang macam lu, muka kaki lan*ap ah. Harap-harap Uchuk tengok video ni. Cari muka gua ni. Kita fight!" katanya dalam video tersebut.
Bagaimanapun dalam minit ke 14, dia didatangi tiga individu yang bengang dengan tindakannya sebelum menampar dan menendang perutnya.
Difahamkan, Sapik berkerja sebagai pengawal keselamatan dan menjelaskan dia membuat video tersebut untuk saja-saja.
Dalam masa yang sama, Sapik merayu dirinya tidak dipukul lagi sebelum dia diminta untuk membuat permohonan maaf secara terbuka dalam video live tersebut.
Selain itu, Sapik juga diminta untuk menyanyikan lagu Negaraku dan ketuk ketampi sebanyak 20 kali tanpa henti.
"Nama saya Sapik, minta maaf kat abang long semua, dengan tindakan saya yang menyinggungkan hati. Harap-harap polis jangan cari saya." katanya.
Di Facebooknya juga, Sapik meminta orang ramai berhenti menyebarkan video tersebut dan mengakui menyesal dengan tindakannya sehingga ada pihak yang mahu mencarinya. Sapik juga merayu agar dirinya tidak diancam kerana dia kini merasakan keselamatannya tergugat.
Di Facebooknya juga, Sapik meminta orang ramai berhenti menyebarkan video tersebut dan mengakui menyesal dengan tindakannya sehingga ada pihak yang mahu mencarinya. Sapik juga merayu agar dirinya tidak diancam kerana dia kini merasakan keselamatannya tergugat.
Sementara itu dalam laporan Harian Metro, Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Kuala Lumpur menyatakan pihaknya tidak menerima laporan mengenai kes tersebut. Tetapi akan membuat semakan serta siasatan terhadap kejadian tersebut.
Post a Comment