Komitmen Bekerjaya

Assalam semua. Ok aku straight to the point lah ya. Confession ni just untuk aku confess apa yang aku alami dekat tempat kerja aku sekarang ni. Bila bercakap pasal komitmen, semua orang tau makna komitmen tu tapi tak ramai yang nak betul-betul laksanakan komitmen tu. Dalam konteks ni aku nak kaitkan dengan isu bekerja macam tajuk aku kat atas.

Bila kau bekerja means kau berusaha untuk mencari rezeki tak kisahlah untuk family kau atau untuk diri sendiri. Samaada kau nak bantu family kau atau enjoy duit gaji kau pergi shopping beli barang yang kau suka. Terpulang pada kau nak gunakan gaji yang kau dapat tu untuk apa. Cuma bila kau bekerja untuk dapatkan rezeki yang berupa gaji tu, please be sure yang kau dah cuba bagi fullest komitmen terhadap kerja yang kau buat.

Aku bagi contoh beberapa isu yang berkaitan dengan komitmen dalam bekerja.

1) Kerja Bertangguh

Bila ada kerja yang sepatutnya kau boleh siapkan cepat dalam masa seminggu contohnya tapi kau bertangguh sampai next meeting, that shows yang kau tak betul-betul bagi komitmen dalam melaksanakan tugas kau. Bila kau tak masuk meeting dan orang atasan kau tanya update kerja kau tu, orang lain pulak yang terpaksa coverkan kau punya pending works dengan bagi excuse yang unreasonable. Kalau workload kau tak seberat orang lain, why that simple task can’t be done within that short one week time. Kenapa mesti bertangguh? aku faham kalau kadang-kadang kau sibuk dengan urusan lain, tapi takkanlah tak boleh take some time to finish that pending works. Kalau kau siapkan kerja tu awal-awal kan senang. Tak payah fikir apa lagi yang tak siap. Hati pun senang ma.

2) Complaint by others

Bila ada orang complaint pasal kau, cuba reflect balik agak-agak kenapa diorang complaint. Mesti ada sebab. Contoh dalam aspek bekerja. Common issuelah. Pasal cuti. Dah kalau dalam seminggu tu kau cuti nak dekat 2,3 hari or kadang-kadang tu minggu ni cuti sehari, minggu depan cuti lagi sehari. Logik tak kalau orang complaint pasal kau. Sampai orang dah boleh agak dah, kalau kau takde tu maknanya kau cuti. Tak kisahlah annual leave ke unpaid leave ke. Dah kalau kau selalu sangat ambik cuti, confirm-confirmlah orang boleh detect. Cuti pun dalam masa terdekat. Kalau betul-betul emergency case tu tak kisahlah. Cuba arrange masa kau betul-betul dan make sure kalau bende tu tak berapa penting, tak perlu sampai nak ambik cuti. Just keluar sekejap should be enough.

3) Datang lambat kerja

Bende ni memang tak boleh elak kalau jem dekat jalan. Bukan kita boleh agak jalan smooth ke jalan jem sebab accident ke kan. Kadang-kadang tu even kita dah keluar awal dari rumah pun kadang-kadang lambat jugak masuk office disebabkan jem tu. Tapi itu kalau jem. Ni dah kalau kau patutnya masuk pukul 8:30 pagi, tapi kau masuk pukul 9:30 pagi, logik tak kalau orang complaint pasal kau. Aku rasa it is acceptable kalau kau lambat 15 minit dan paling lambat setengah jam kalau jem. Tapi kalau dah hari-hari kau masuk pukul 9:30 pagi tak kisahlah jem ke tak, itu menunjukkan yang kau tak betul-betul bagi komitmen dalam melaksanakan kerja kau.

Datang kerja lambat, balik awal. Kadang-kadang orang nak cari kau mintak tolong buat kerja sikit, tup-tup dah balik rupanya. Apa salahnya ganti balik berapa minit yang kau datang lambat tu dengan balik lewat sikit. Insyaallah ada keberkatan rezeki dekat situ.

Kalau kita nak bekerja, buat cara nak bekerja. Tak kisahlah kerja kerajaan atau swasta sekalipun. Bekerja betul-betul bukan setakat melepaskan batuk di tangga. Rezeki yang kita cari tu akan jadi darah daging kita jugak. Tak kisahlah rezeki tu nanti kau kongsi dengan orang lain atau diri sendiri. Kalau point-point dekat atas tu kau tak boleh nak improve, takut nanti kalau kau bekerja dekat tempat lain pun, your attitude will remain the same and your work performance will not be good enough. Even kau bekerja untuk last day before resignation period kau tamat sekalipun, bekerjalah sungguh-sungguh even aku tau masa ni memang dah ramai mood bekerja dia kelaut sebab fikir bila nak balik dan berhenti kerja.

Oklah setakat ni je confession aku untuk isu komitmen bekerja ni. Maaf panjang sangat. Tapi aku harap kita semua dapat sesuatu dari confession aku ni. Yang baik datang dari Allah, yang buruk atas khilaf aku sendiri.

Terima Kasih.

– Just a worker

Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit

No comments