Burung Wak Wak Bangkai
Pada tahun 2009 yang lalu, ketika itu aku masih bergelar seorang siswazah di sebuah universiti tempatan yang terletak di Pantai Remis, Perak. Aku merupakan pelajar tahun akhir, jadi pihak urusan asrama hostel tidak lagi memberi kebenaran untuk aku tinggal di asrama. Aku perlu mencari rumah sewa sebagai tempat tinggal untuk semester yang akan datang. Aku dan rakan aku mengambil keputusan untuk menyewa di sebuah rumah yang terletak di kawasan yang dikenali sebagai Lumut Port. Terdapat satu taman perumahan lama yang terdiri daripada beberapa blok teres.
Sesampai kami di hadapan rumah yang bakal kami sewa, keadaan di sekililing lengang seperti tidak berpenghuni, Hanya kedengan suara kami berempat sahaja, Amir bersuara ” Macam pekan zombi dah sini”. Aku terdiam tidak berkata, kerana perasaan aku ketika itu masih bercampur aduk di antara mahu sewa rumah ini atau tidak. Aku terus berkeras hati untuk bersama-sama menyewa rumah itu atas sebab sewa yang murah dan rakan serumah yang tidak ramai. Kami melangkah masuk, daun pintu utama di tolak ke dalam, dalam rumah bersih dan kosong, rumah hanya di limpahi dengan cahaya jingga senja yang menyelinap masuk dari celahan tingkap di ruang bilik utama dan bilik tengah.
Siang berganti malam, kami bergerak ke kedai makan berhampiran untuk mengisi perut yang kelaparan, siang tadi jalan yang kami lalui ketika hendak kerumah sewa tampak bergitu tenang dan mendamaikan, tapi bila malam menjelma kawasan kilang yang siangnya tenang menjadi suram dan sunyi, hanya sesekali kedengaran bunyi anjing menyalak. Dengan jalan yang hanya di terangi oleh lampu halogen 70watt dari tiang lampu dan cahaya bulan, Kawasan industri tersebut tak ubah seperti pekan mati. Sunyi, sepi dan kadang-kadang terdengar bunyi salakan anjing yang bersahut sahutan dari jauh.
Pejam celik, sudah hampir sebulan kami menyewa rumah tersebut. Seminggu sebelum puasa, lebih kurang minggu ke-3 kami menginap di sana. Malam tu aku dan Amir melepak di ruang tamu, jam menunjukan jam 11 malam. Keadaan sekeliling sunyi dan hanya bertemankan bunyi cengkerik dan katak, menandakan malam itu akan hujan. Sejuk, dalam rumah terasa sejuk dan menyamakan membuatkan diri aku ingin terlelap.
Dalam aku tengah melayan mata yang kadang terlelap kadang terjaga, tiba-tiba kemeriahan bunyi cengkerik dan katak yang berdendang di gegendang telinga tiba senyap. Kerhairanan aku dibuatnya. Aku memandang Amir yang sedang leka menyirup air teh o panas sambil melayan movie. Amir tidak mengendahkan apa yang sedang berlaku. Dengan secara tiba-tiba, kedengaran tersangat kuat hingga membingitkan telinga aku.
Amir yang dari tadi sedang leka menonton cerita tadi, tiba-tiba sahaja memandang aku, pandangan dia membuatkan aku rasa tidak sedap hati. Bunyinya seperti burung, tapi lebih parau dari burung biasa, bila di fokuskan terdengar seperti suara manusia menjerit tapi dengan nada yang pelik. Bunyi itu melintasi hadapan rumah kami dengan agak laju. Terdengar 3 kali bunyi burung tersebut melintasi laman rumah. Sepertinya burung tersebut terbang dari hujung rumah kami yang berada di dereten end lot ( rumah terakhir) ke rumah conner lot (rumah pertama). Bunyinya cukup parau, Amir menunjukkan isyarat agar aku berdiam dan tidak membuatkan sebarang bunyi.
Kali ketiga burung itu melintasi depan rumah, dengan secara tiba-tiba bunyinya tadi yang kadang kedengaran jauh kemudiannya mendekat, seperti berhenti dan hanya berteriak dihadapan rumah aku. Aku merapatkan badan aku ke Amir. Perasaan ketika itu terasa seperti hendak pura-pura tidur, selepas beberapa saat selepas burung itu berhenti dan berteriak dengan suara yang parau, tiba-tiba sahaja suara tersebut terus hilang dalam sekelip mata. Keadaan kembali sunyi dan katak dan cengkerik mula bermain kembali di gegendang telinga. Aku berasa amat lega, walaupun aku masih belum tahu apa yang menyebabkan Amir tidak benarkan aku bersuara. Tindakan Amir amat membingungkan aku, bagi aku yang tidak biasa dengan burung dan bunyinya, aku hanya beranggapan itu mungkin sepisis burung yang hanya pulang malam atau mencari tempat berteduh di kala malam mahu hujan.
Namun, ternyata apa yang aku bayangkan dan fikiran disangkal oleh Amir.
“Amir bunyi burung apa wei tadi, asal hang minta aku diam, tapi bunyi dia parau noh (ya), burung sakit tekak kot”, seloroh saya dengan ketawa kecil.
“Tu la orang panggil burung wak-wak bangkai, yang mana terbangnya terbalik” jawab amir, menurutnya lagi burung wak-wak bangkai ni akan berhenti dan singgah sekirannya dia terdengar bunyi orang bersuara atau bertanya megenainya jika sedang dia melintas namanya di sebut atau di soal. Aku yang tadi ketawa kecil terus terdiam lepas mendengar penjelasan Amir.
Menurut orang dahulu kala burung wak-wak bangkai ini diberi nama kerana terbangnya pada waktu malam dan yang dimaksudkan dengan burung wak-wak bangkai adalah pontianak/langsui yang terbangnya terbalik, rambut akan menjurai kebawah manakala badannya akan ke atas. Penggunaan nama wak-wak bangkai adalah berdasarkan burung wak-wak dan bangkai adalah mayat/ langsuir.
Diceritakan Amir lagi, dahulu ketika dia dan keluarganya menetap di Negeri Sembilan, dia pernah terdengar bunyi yang sama di luar rumah mereka. Tika itu dia bertanya bunyi burung apakah yang sangat parau dan kuat bunyinya di luar rumah. Tiba-tiba burung itu senyap dan tidak berbunyi, tingkap ruang tamunya tiba-tiba menjadi seperti terbayang dengan susuk gelap tubuh manusia, di celahan tingkap dia dapat melihat seperti kain putih yang semakin menghampiri rumahnya. Sebelum sempat ‘burung’ itu sampai ayahnya membaca ayat-ayat untuk menghalau benda tersebut dari mendekat.
Mujur ayahnya pandai berubat dan pernah belajar imu untuk menghindari diri dari diganggu pekara sebegini. Selepas ayahnya menghebus kearah tingkap tersebut, tiba-tiba sahaja benda itu seperti hilang dan cahaya mula dapat di lihat tidak lagi dilindungi oleh susuk tubuh manusia. Aku terus mencelah ceritanya, “sudah la Amir aku xmau dengar dah, aku nak tidur”. Masakan tidak aku berbuat demikian, ini kerana aku tidak mahu mendengar lagi kisahnya yang seram dan meringai bulu tengkuk . Aku tanpa berlengah terus memejamkan mata sambil dalam hati membaca beberapa surah yang diajar oleh nenek.
-Tinta Hitam
- hantar kisah anda: http://ift.tt/2oLB9C6
The post Burung Wak Wak Bangkai appeared first on Fiksyen Shasha.
Post a Comment