Coretan Seorang Cashier
Read and heed. (Hlovate sangaatt)
Harap admin siarkan huhu. Ada mesej kesedaran gitu.
Assalamualaikum untuk readers IIUMC. Aku takkan intro panjang, cukup aku bagitau aku seorang cashier part time di sebuah cawangan kedai di sebuah shopping gallery yg banyak arts. Kang sebut nama kedai ramai pulak cari aku.
Aku akan berhenti kerja tak lama lagi, so aku terpikir why not aku luahkan apa yg aku dapat sepanjang bekerja nih. Aku tak ada lah kena buat report ke apa untuk lecturer kay. Note that apa yg aku akan tulis ni 100% dari point of view aku. Kalau ada yg terasa dari confession aku, hem nasiblah. Mungkin anda orangnya, macam pepatah siapa makan cili dia terasa pedas.
So, sepanjang aku jadi cashier ni, banyak jugaklah jenis manusia dgn pe’el yg sangat pelbagai. Betullah cakap cikgu kaunseling aku dekat sekolah dulu, bekerja ni mengajar kita banyak tentang orang. Tak semua customer teruk, tapi banyaklah jugak. Aku cuma akan listkan beberapa pe’el mereka ini yg pada aku memang macam orang tak bertamadun.
1) CECAMPAK DUIT
Woh yg ni aku memang geram. You see, kau beli barang and mintak plastic bag. Sah la ambik masa nak isi barang kan. Perlukah kau campak duit tu dekat aku? Aku nampak kut kau hulur duit tapi sabar lah noks. Kalau tak kau isi sendiri, mau? Ni nak campak campak, ingat aku macam haiwan ke baling baling makanan? Aku kalau ikutkan hati and buah pinggang aku, nak je aku koyak duit kau tu. Biar kau berhuhu dekat situ. Aku apa kesah, batalkan je transaction kau. Lepas insiden ni aku cerita dekat sorang kawan aku, and dia cakap, “dah dia buat macam tu, asal kau tak baling je resit dekat dia?”. Aku pun rasa eh kenapa aku tak buat camtu ek tapi takpelah benda dah lepas.
2) KONON NAK SAILANG
Spesis ni sekali seminggu mesti ada. Biasanya couples lah. Eh memang couples je hahaha. Cenggini ceritanya. Aku ni sejujurnya tak suka eye contact dengan customer. Sebabnya aku pun tak tau. Selalunya lelaki la sbb perempuan aku lek lek je. So, aku pun tak hadap la nak pandang boyfriend kau tu. Pikir aku nak sailang ke? Eyhhh. Aku pun ada maruah kay, tak kuasa nak menggatal tengah tengah kerja ni. And yeah, this one customer, boyfriend dia bayar guna credit card. But, tak boleh, keluar incorrect pin. Maka si lelakinya dah cuak. So aku suggest bagi cash la, kang kena block pulak card hang, dah satu kerja kena call bank. So lelaki tu bagi aku not RM50 sekeping. Barang dia only cost around RM20+. Aku pun dah senyum sebab apa? Time tu duit besar dah kureng, tinggal seringgit seringgit ja dalam drawer. Aku dah kecuakan. And si perempuannya jeling aku. Igt aku senyum dekat boyfriend dia and cepat cepat keluarkan not RM10 and RM20 secara kasar. And buat muka masam and cakap “bak balik duit tu!”. Aku pun macam eh kau dah kenapa pompuan cakap la leklok. Sudahnya aku menyumpah seranah dua ekor tu. Tambah dosa huhu.
3) STRESS RELIEVER
Customers hok ni pulak, memang berupaya menaikkan boiling point aku. Rasa macam ada aura exothermic je dalam diri. Kitorang memang hanya pekerja kedai, tapi tak bermakna kitorang tempat lepas stres nak memarah bagai. Korang nak memekik, nak maki kitorang nak bagi semua orang dalam kedai dengar. Ingat kitorang ni takda air muka ke? Kitorang pun penat kerja macam korang jugak. So tak perlu nak lepaskan geram hal pejabat dekat kitorang. Ni masuk masuk aura gaduh, tanya pun macam nak berperang. We deal with this kind of customers everyday. And tambahan kalau korang request benda pelik pelik. Memang tak dapek la. Kitorang ada procedure yang kena follow obediently. Kalau dah cuba macam macam cara and still tak boleh, memang mintak maaf sesangat. Ni sampai nak report dekat HQ, nak viralkan dekat socmeds, nak ugut akan shopping dekat kedai lain. Aku tak gentar la weh, kau buat la. Yg penting aku dah buat yg terbaik nak serve customers so all your threats are invalid.
4) SELALU BOLEH JE
Yg ni hahaha aku rasa ramai geng dia. Bila korang kata, “eh selalu dekat tempat lain boleh je ” or “selalu dekat tempat lain I pergi terima je” or “haritu I pergi ***** okay je, asal you all kata tak pulak?”. Betul ke statement korang tu? Tanya diri sendiri. To be honest aku anggap ni semua tipu belaka. Sebab apa? Sebab aku sendiri pergi kedai yg dikatakan and dorang kata tak pernah pun buat sedemikian rupa. Jadi, mana datang statement korang ni? Kalau ya pun gaduh, statement biarlah sahih. Ni tak, teragak-agak, and even stutters, siapa je nak percaya? Haaa… bukanlah semuanya menipu, ada je yang betul. Tapi. Tak perlulah sampai nak kutuk service, cakap macam ni ke you all buat bisnes, kata takde orang nak masuk kedai you macam ni. Hurm, korang buatkan aku terfikir korang ni belajar sivik ke tak dulu.
Tu jelah coretan aku. Tak semua macam ni. Ada je yang baik sangat. Kepada customers yang baik lagi budiman tu, terima kasih sesangat. Korang sedikit sebanyak menyumbang kepada kegembiraan kami. Mana tau next time korang datang, aku bagi lebih diskaun ke? Hahahaha. Coretan aku ni takda nak target mana mana bangsa. Sebab customers aku serata dunia, so takda kaitan dengan mentaliti rakyat Malaysia. Last but not least, kepada spesis yang aku telah mention di atas, tolong la ye, kitorang hormat korang, korang hormat kitorang balik. Tak gitu? Baru aman tanah melayu ni. Jangan buat perangai sangat, macam budak tak matang kekadang aku tengok. Nak fight benda benda kecik huh.
Akhir kata, aku harap semua orang dapat lebih menghormati pekerja-pekerja di kedai, restoran, butik,salun and lelain. Kitorang pun ada hati dan perasaan. Kita sama sama penat kerja setiap hari. Kita mungkin tak bekerja di bidang yang sama, tapi kita sama-sama cari rezeki halal. Cuma cara je lain. Kita sama sama cari duit nak sara diri, family and untuk survival. Aku mintak maaf sangat kalau aku ada terkasar bahasa, sengaja ke tak sengaja. Aku pun baru setahun jagung dalam fasa dewasa, tapi alhamdulillah mampu menilai mana baik mana buruk. Mintak maaf dari hujung tudung sampai hujung kasut ye. Maaf juga kalau coretan aku berunsur cari gaduh ke hina ke, tu bukan sama sekali intention aku. Tak berniat nak perang. Haritu dah penat perang exam huhu.
Sekian terima kasih sudi spend masa baca.
– NekoNeko
Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit
Post a Comment