FRIENDS REQUEST
“FRIENDS REQUEST” – #PHILOPHOBIA
Assalamualaikum dan salam sejahtera kepada semua peminat dan pembaca FS. Buat pertama kalinya saya menghantar kisah saya ini buat peminat dan pembaca FS. Untuk yg ingin mengenali saya cukuplah sekadar tahu nama #PHILOPHOBIA sahaja. Okaylah, tidak mahu panjang lebar mengenai diri saya. Jom baca kisah yang ingin saya kongsikan buat semua.
Saya nk berkongsi satu peristiwa berkenaan FRIENDS REQUEST. Mesti ada yg fikir saya cedok kisah penulis2 FS yg lain kan? Kerana tajuknya hampir sama seperti kisah yang pernah dihantar oleh penulis #SiCelupar tu kan? Begini kisahnya, saya ada seorang kawan Manis (bukan nama sebenar). Untuk entri kali ni saya ingin menceritakan kisah kawan saya si Manis ni. Manis berumur dalam lingkungan 20+ seorang yang jenis memilih kawan termasuk teman-teman yang lain dan merupakan wanita yang mempunyai senyuman yg manis, sedap mata memandang dan juga seorang wanita yg tidak bertudung. Manis seorang yg suka mencari teman melalui laman sesawang seperti FACEBOOK. Manis akan melihat notification yang muncul diatas terlebih dahulu sebelum menekan butang “ACCEPT” tersebut acap kali ada antara teman laman sesawang yang ingin berkenalan dengan beliau.
Suatu hari, Manis telah membelek-belek ruangan notification di facebook dengan harapan dapat berkenalan dengan seseorang yg beliau rasa ingin mencari teman hidup. Tapi apa yg ingin saya cuba sampaikan ini tidak seperti apa yg Manis harapkan. Beliau telah menekan butang “accept”*klik* bermaksud telah menerima dan memilih seseorang lelaki untuk menjadi temannya Aiman (bukan nama sebenar). Bermaksud jika kita menerima seseorang untuk berkawan dengan kita akan automatik link dengan MASSANGER.
Maka bermulalah kisah ,setelah Manis menekan butang accept untuk berkenalan dengan Aiman. Berborak punya berborak. Aiman memulakan perkenalan “Hai awak,Assalamualaikum. Boleh berkenalan tak dengan cik Manis kalau cik tak keberatan la. Hihihi”. Aiman selesai menaip sesi perkenalan mereka itu di ruangan messanger sambil tersenyum mengharapkan Manis mahu membalas chat beliau dan menekan butang “Sent” untuk menghantar ayat perkenalannya itu. *POPP!* Manis ketika itu berada di rumahnya sambil menonton televisyen menerima satu notification chat yang dihantar oleh Aiman melalui telefon pintarnya. Manis membaca isi yang dihantar Aiman itu sambil tersenyum. Manis membalas chat Aiman dengan membalas “Hai juga awak. Waalaikumsalam. . .Boleh ”dan menekan butang sent.
Aiman sedang leka melihat newsfeed wall facebook nya sedang asyik scroll atas bawah melihat kan status dan pelbagai status yg diupdated teman-teman FB nya. Telah menerima satu notification bulb warna merah dibahagian atas massanger dari gerangan yg dia ingin berkenalan itu tadi iaitu Manis. Manis telah membalas chat nya sudah cukup buatkan dirinya gembira. Gembira yg tidak terkata. Aiman membaca lalu membalas chat Manis sejak itu. Sejak hari itu, hari berganti hari minggu berganti minggu dan bulan berganti bulan. Perkenalan Manis dan Aiman sedikit sebanyak membuatkan perasaan mereka berdua berputik dari seorang teman FB menjadi pasangan kekasih. Bak kata orang tua-tua tido tak lena, makan tak kenyang, mandi pun tak basah.
Pada suatu hari, sedang Manis asyik leka dengan Facebook melihatkan gelagat video-video yang para teman muat naik masuk ke newsfedd wall nya. Sedang asyik melihat video yang telah dishare oleh salah seorang teman FB nya pada waktu itu kelihatan parodi FATTAH AMIN bersama NEELOFA yang telah diparodikan oleh JEHAN MUSA dan pasangan parodinya pada waktu itu sambil menyanyikan lagu WANITA TERAKHIR yang menjadi kegilaan #DeeFen *oOPPSS!* . (Jangan marah hah FEN. Saja menyakat je tu. Kikikiki..). Manis menerima satu bulb notification *POOOPS!* dari ruangan friends request dari seorang yg bernama Farah tapi gambar DP nya tidak menunjukkan wajah profile picture wanita yg bernama Farah tersebut.
Manis menekan butang Accept yakni beliau menerima friends nya yang bernama Farah itu untuk menjadi teman Mukabuku nya. Salam perkenalan tertera di situ dimana Farah memulakan ayat dengan berkata “Hai perempuan. Tak sedar-sedar diri lagi ke kau dok sibuk chat dengan laki orang??”. Manis menerima chat tersebut telah mula mengerutkan dahi tanda-tanda sedang memikirkan siapakah gerangan laki orang yang kawan baru nya iaitu Farah maksudkan. Puas memikir dari kalangan siapakah yang dimaksudkan.
Kedengaran bertubi-tubi chat masuk dari wanita yang bernama Farah. Manis hanya mampu melihat chat tersebut masuk dengan banyaknya. Farah menambahkan lagi chat nya sudah tentu chat nya buat Manis tidak habis disitu. Manis membalas chat wanita itu “Hai Cik kak, siapakah gerangan laki orang yang kak maksudkan?”. Farah membalas chat Manis “Siapa lagi kalau bukan Aiman. Kurang ajar kau perempuan berani kau kacau laki aku ye. Takpe! Takpe! Kau tunggu. Kau tunggu jelah nasib”, dalam nada geram bercampur baur marah. Manis membaca chat tersebut mula menunjukkan kerisauan dalam dirinya. Mula rasa berbelah bahagi sedangkan sejak awal pertemuan dirinya bersama Aiman tidak menunjukkan yang Aiman itu sudah berkahwin bahkan gambar profile nya Cuma hanya gambar nya bersama moto-moto dan teman yang mempunyai hobi yang sama dengannya. Tidak sedikit pun Aiman menceritakan kisah dirinya yang mempunyai status sebagai suami orang kepada Manis sebelum itu.
Manis malas mahu memikirkan apa yang bakal dihadapinya. Cuma berharap Allah s.w.t akan melindunginya. Tapi harapan tinggal harapan. Setelah hari-hari telah pun berlalu, Manis telah lupa kisah pergaduhannya bersama Farah sebelum itu kerana terlampau sibuk dengan urusan kerja. Yang memerlukan dia bergerak ke sana ke mari untuk menghantar dokumen buat manager tempat Manis bekerja. Pada suatu hari, perkara yang tidak dijangka baru hendak bermula. Pada malam itu, jam menunjukkan sudah 8mlm ini bermakna Manis harus bergegas pulang segera ke rumah kerana sudah agak lewat dirasakan pada hari itu. Kerana Manis diberikan tugasan oleh managernya untuk menyiapkan kertas kerja yang perlu dihantar keesokan harinya sebelum mesyuarat bersama pekerja-pekrja yang lain dimulakan. Bergegas Manis pada malam itu menyusun kertas-kertas kerja yang telah pun siap, menutup laptopnya dan menggalas beg tangannya keluar dari ruang pejabatnya.
Sedang asyik berjalan menuju ke arah pintu lif untuk turun mendapatkan keretanya diruang parking berhadapan guard pos. Manis berjalan dengan tergopoh gapah kerana hari sudah lewat. Sesudah sampai mendapatkan keretanya dimasukkan semua barang dibahagian tempat duduk hadapan bersebelahan pemandu. Beg tangan juga diletak di tempat duduk itu. Menutup pintu kereta sambil menghidupkan engin kereta untuk bergegas pulang. Perjalanan pulang dari tempat kerja ke rumahnya mengambil masa 30minit utk sampai jika jalan tidak jem. Sedang Manis fokus memandu, jari-jemarinya sedang asyik mencari stesen radio yg diminatinya. Kebetulan sedang asyik mencari siaran radio telinganya menangkap lagu yang dia cukup minati kerana Manis amat meminati cara penyampaian lagu dari Maman, penyanyi utama kumpulan Teacher’s Pet, pemilik lagu berhantu itu.
Bila kita dalam malam perpisahan
Namun aku tetap bersamamu
Kurasa bagai satu sentuhan
Dalam mimpiku terpandang wajahmu
Dalam dirimu penuh kelembutan
Semakin hari namun semakin rindu
Tapak tanganmu akan kugenggam
Akan ku sentuh ketika sayu. . .
Untukmua akan kusemaikan
Cinta yang sejati tiada bandingan
Dalam kerinduanku sendiri
Dalam kesyahduan kita hadapi
Warisan wanita terakhir
Jiwa raga ku serah
Kau ingin milik segalanya
Dimana kasihku tiada kau memberi
Aapa yang ku perlu
Hanya kau dapat memberi
Hanya satu ku pinta kasih
Kau warisan wanita yang terakhir
Hati sucimu ingin kumiliki
Hanya satu yang kupinta kasih
Kau warisan wanita yang terakhir
Sedang asyik memandu sambil bernyanyi-nyanyi kecil akhirnya Manis telah pun sampai di kawasan perkarangan rumahnya. Manis meletakkan kereta dikawasan tempat meletak kereta dan mengangkat beg tangan serta dokumen pejabat dan laptop naik ke rumahnya di tingkat 5. Mengunci pintu kereta sebelum naik. Dan melalui dibawah kolong blok untuk menaiki lif menuju ke rumahnya. Sedang menanti pintu lif terbuka, orang-orang tua kata kalau masuk lif dalam keadaan lampu kelap-kelip jangan masuk. Mungkin ada yang menganggu. Heheheheh (ketawa mengilai). Eh! Taklah. . Acah je, belum lagi bab dia tu.
Maka bermulalah kisah yang meyeramkan buat dirinya. Ketika berada didalam lif tersebut, Manis tidak berfikir panjang lalu menekan butang lif untuk naik ke tingkat 5 dirumahnya. Keadaan lampu yang berkelap kelip ada sedikit membuat kegusaran dihati Manis pada ketika itu. Tapi disebabkan pada hari itu barang yang perlu dibawa naik pulang agak begitu banyak. Manis tidak mahu berfikiran negatif terhadap lampu yang berada didalam lif. Sekadar buat ayat penyedap hati “Hekk elehhh. . .apasal la time2 gini nak kelip-kelip lampu lif la pulak. . Ermm. . Mungkin lampu rosak kot!” getus hati Manis pada ketika itu.
Sedang asyik lif bergerak naik keatas, tingkat 1, tingkat 2, tingkat 3, tingkat 4, tiba tiba. . .Lif berhenti pada aras 4, pintu lif pun terbuka. Keadaan dalam lif pada ketika itu berkelap kelip ditambah pula pintu lif terbuka dia aras 4 membuatkan Manis terpinga-pinga sedangkan pada ketika itu tiada orang pun yang berada di aras 4 bangunan itu. Pada waktu inilah gangguan itu bermula. Setelah hampir sebulan kisah percintaan Manis dan Aiman yang putus ditengah jalan akibat daripada kes Farrah mengugutnya tempoh hari. Terus Manis menyebokkan dirinya dengan urusan kerja supaya kisah cintanya pada Aiman dapat dihapuskan sedikit sebanyak. Ok berbalik pula pada kisah lif tadi !
Lif berhenti ditingkat 4 lalu pintu lif pun terbuka. Manis menjenguk keluar pintu lif namun tiada siapa pun dihadapan pintu lif pada aras 4 tersebut. Manis mula rasa curiga dan sedikit cuak apabila terpandang dihadapan pintu lif disebalik pokok dihadapan nya ada kain putih yang tersangkut pada dahan pokok tersebut. Rambut panjang mengurai, wajahnya tidak kelihatan dan mata yang bercahaya. Keadaan lif masih lagi kelap kelip lampu nya. Manis dah mula rasa seram dan dalam keadaan tergopoh-gapah tu dia menutup pintu lif itu kembali. Dan menekan butang lif naik ke atas berkali-kali. TAP! TAP! TAP! Pintu lif tertutup dan lif mula naik ke tingkat 5 dimana aras rumahnya. Peluh sejuk muls membasahi dahinya. Tiba-tiba. . . Suasana dalam lif bertukar seram bila ada suatu suara halus dari arah belakang Manis. Berbunyi seperti HIIIISSSSS~, Manis tidak berani untuk menoleh kebelakangnya dan Cuma berharap agar lif cepat naik dan dia dapat berlari, itu yang berada didalam fikirannya. Lampu lif masih lagi berkelap kelip. TINGGG !!!pintu lif pun terbuka di tingkat 5.
Manis segera keluar dari lif tersebut, sambil menjinjing barang yang dibawa bersama. Sedang asyik berjalan keluar dari lif, Manis rasakan ada sesuatu yang masih mengekorinya keluar dari lif. HEHEEHEHEHEHEHEHEHEHE. . . . Kedengaran suara mengilai dari arah belakang nya. Mungkin itu dia yang nampak Kakak Cantik (Cik ponti) di tingkat 4 tadi ujarnya. Lampu dilorong rumahnya dengan tiba-tiba berkelip-kelip. MANISS. . .Huffff!!! MANIS. . Masih lagi kedengaran suara halus dari arah belakangnya. Bulu roma dan bulu tengkuk nya mula naik. Berjalan dan terus berjalan ke rumahnya. Sesudah sampainya dihadapan rumahnya. Manis meletakkan barang-barang yang dibawa itu ditepi pintu grill rumahnya sambil mencari kunci rumahnya. Sedang asyik tercari-cari kunci didalam beg tangan, padahal mudah sahaja mencari kunci tersebut.
Tetapi. . . Pada malam itu dirasakan cukup marah apabila kunci yang dicari belum dijumpai. Pappp! Akhirnya kunci yang dicari hampir 3minit itu berjaya ditemui. Setelah habis menyelongkar beg tangan nya. Manis membuka pintu grill rumahnya dalam keadaan terketar-ketar, lampu koridor berkelap kelip dan suara halus cik ponti masih lagi mengilai-ngilai. KRIUKKK. . . Pintu terbuka, tergopoh-gapah si Manis mengangkat barangnya masuk ke rumah. Tapi sebelum dia masuk, sempat manis membaca 3 Qul dan ayt kursi sebelum masuk ke rumah. Sambil melangkah masuk ke rumah, menapak dengan kaki kanan lalu tutup pintu rumahnya dengan segera. PAAPPP! *Pintu ditutup*.
Sambil melangkah lima tapak kehadapan, membuka suis lampu. Tak lama kemudian, pintu rumahnya diketuk berkali-kali. TOK! TOK! TOK! TOK! Pintu diketuk berkali-kali tanpa henti. Peluh sejuk membasahi dahinya. Zaassssss~ Asaikomm. . .kedengaran suara halus dari hadapan depan pintu rumahnya suara orang memberi salam tapi ucapannya tidak seperti orang memberi salam. Disulam dengan suara salam yang nyaring. TOK! TOK! TOK! Pintu diketuk masih kedengaran. Manis tidak mengendahkan lalu bergerak kedalam biliknya mengambil tuala untuk membersihkan diri sebelum tidur. Sewaktu gangguan itu berlaku, jam menunjukkan jam 10 malam.
Keesokan harinya,Manis bekerja seperti biasa sesudah habis waktu bekerja. Manis menemui seorang ustaz untuk meminta bantuan untuk menyemah rumah. Ustaz datang ke rumah sebelum maghrib ke rumahnya. Urusan menyemah rumah dijalankan dan ada sedikit bacaan yang ustaz itu bacakan. Selesai menyemah, ustaz bertanyakan sesuatu kepada kawan saya Manis.
Ustaz, ”Alhamdulillah. . .selesai sudah ustaz menyemah rumah kamu”. Ujar ustaz itu kepada Manis. Manis, ”aLhamdulillah. . Terima kasih la ustaz atas bantuan ustaz mesti saya masih diganggu sampai ke hari ini. . “kata Manis. Manis, “ Erm. . Kalau tak keberatan, boleh ustaz bagitau tak siapa gerangan yang cuba menghantar untuk menakutkan saya?”ujar Manis. Ustaz menjawab “ Maaf saya kurang pasti. Tapi apa yang boleh saya tafsirkan boleh saya bertanya pada kamu? Kamu ada sakitkan atau berbuat sesuatu tak pada sesiapa sebelum ini?”. Kata ustaz.
Azan maghrib berkumandang. Ustaz meminta diri untuk pulang ke rumah.
Manis puas berfikir dengan kata-kata ustaz itu tadi. Dan alangkah dia baru teringat kes Farah yang cuba menakutkannya di FB MESSENGER sebulan lepas.
**Jaga-jaga dengan siapa kita berkawan. Berkawan biar beribu, berkasih biar satu. Jaga-jaga mungkin Kakak Cantik tu tengah tengok awak baca cerita ni kat sebelah tu. Jaga-jaga mungkin dia yang berkenan kat korang lepasni. HEHEHE. . .(ketawa mengilai).
Jom dengar lagu MENANTI KEKASIH.
Sekian,
#PHILOPHOBIA
- hantar kisah anda: http://ift.tt/2oLB9C6
The post FRIENDS REQUEST appeared first on Fiksyen Shasha.
Post a Comment