“Kerana ‘PERMAINAN TU’, Dulu Anak Saya Aktif & Ceria. Namun Sekarang Dia Sudah….” Ibu KECEWA !!!
“Kerana ‘PERMAINAN TU’, Dulu Anak Saya Aktif & Ceria. Namun Sekarang Dia Sudah….” Ibu KECEWA !!!| Georgetown: Luluh hati seorang ibu apabila melihat anak lelaki yang dulunya aktif kini terlantar dan bertarung nyawa selepas terjatuh ketika bermain ‘inflatable bouncer’ (pemantul boleh kembung) di rumah mereka di Persiaran Sungai Gelugor, di sini, Ahad lalu.
Kakitangan swasta, Norsyaliza Yahaya, 32, berkata, anak bongsunya, Syarul Ariel Rifqi Mohd Azriq, 5, kini koma dan berada di Unit Rawatan Rapi Hospital Lam Wah Ee kerana jatuh dari ketinggian hampir mencecah 10 meter ketika bermain inflatable bouncer yang disewa khas daripada sebuah syarikat katering.
Menceritakan kembali kejadian itu, Norsyaliza berkata, dia mengadakan majlis sambutan hari jadi untuk bapanya dan menyewa peralatan permainan untuk kanak-kanak itu daripada syarikat katering di Kulim, Kedah. Menurutnya, permainan terbabit dipasang di hadapan rumah mereka oleh pekerja katering jam 3 petang dan anak lelakinya bersama sepupu yang lain bermain peralatan gelongsor berkenaan.
“Bagaimanapun, setengah jam selepas itu, anak saya terjatuh kerana alat permainan terbabit terbalik dan kepalanya terhentak di atas tar hingga membuatkan dia tidak sedarkan diri.-Harian Metro
The post “Kerana ‘PERMAINAN TU’, Dulu Anak Saya Aktif & Ceria. Namun Sekarang Dia Sudah….” Ibu KECEWA !!! appeared first on SIAKAP KELL.
Post a Comment