Muak Dengan Free Rider

Assalammualaikum w.b.t

firstly, terima kasih kalau admin post confession ni. aku melur (bukn nama sebenar).

Mula2 aku terfikir, perlu ke cerita pasal free rider ni? semua orang mesti dah tahu, and then mesti ada yang dah muak kan? Tapi aku nak cerita juga. ni hanyalah apa pengalaman aku selama ni.

1. First of all, kau ni bila nak buat assignment mesti lah kita nak dapat groupmate yang boleh bagi kerjasama, boleh bagi komitmen dan segalanya lah yang perlu ada dalam etika bekerja dalam kumpulan ni, kan? Rasanya kalau dah besar ni dah pandai fikir kot betapa pentingnya kerjasama. Walaupun kau dapat groupmate yang rajin, yang pandai dan yang kau rasa kau boleh rely on. Tapi atleast fikilah, orang takda masa nak buatkan kerja kau. Bila bagitau lecturer yang kau ni satu habuk kerja pun tak buat, then kau marah groupmate kau macam benda tu xpatut diberitahu. “jadi matang” yes matang, but you should have the effort lah, takkan nak ajar kot? walaupun kau sumbang xbanyak, tapi dari situ groupmate kau pun dah bersyukur dapat bagi kerjasama.

2. Pembahagian masa. Yes semua orang nak dapat star point, semua orang kalau boleh nak cuba sesuatu yang baru. Tapi kita sendiri kenalah pandai fikir, kena pandai bahagikan masa kita untuk assignment dan kerja lain. bukan kita sorang sahaja yang nak dapat A, semua orang nak. Ini tak, dah tak pandai bagi masa then sibuk nak join semua benda? Fikir lah orang lain, jangan nak selfish kalau jadi orang.

3. Kerap bertanya. Walaupun kau kata busy, setiap group assignment akan ada groupchat. takkan nak ajar benda mudah ni? Senang, kalau kau rasa kau tak dapat nak join segala discussion ataupun kau rasa kau lost, buka groupchat tu. tanya “guys, tadi bincang apa?” ataupun “boleh terangkan ke apa yg korang bincangkan?”. benda simple tu. jangan kau tak bertanya, lepastu kau nak meroyan sendiri yang kau lost and then groupmate tak nak bagitahu apa yg dibincangkan. Come on, kau tak datang then kau expect orang nak suap kau? lol.

4. Attitude. Kalau kau sendiri rasa or sedar kau tu free rider, kau jangan rasa diri tu tak bersalah. attitude kena jaga juga. Orang lain tak ada masa nak cover masalah kau. macam aku cakap tadi, walaupun kau busy pandailah manage masa. Ini tak, dah lah free rider lepastu attitude pun kelaut.

5. acah leader. yang ni paling aku pantang, jenis nak membebel kata dia buat semua kerja, tapi sebenarnya mulut je jalan. tapi kerja? entah kemana. tak kisah kau nak marah ke nak apa, nak jadi leader nak nampak kau buat kerja ke apa ke. yang penting sebelum kau kata kau tak nampak hasil, why not this kind of people tanya diri sendiri, “aku tahu ke apa yang nak dibuat?”. bukan secara tiba2 rasa diri tu dah buat semuanya.

6. “aku tak nak groupmate yang free rider”. jangan berani cakap macam ni kalau kau sendiri tak kenal diri kau, kalau kau sendiri tak tahu cara kau buat kerja macam mana. Kau rasa diri kau perfect tapi bagi orang lain. tidak. sama sahaja.

7. Last, yang jenis free rider tapi jaja cerita kat group lain macam kau dah buat kerja. tapi sebaliknya, kau tak sentuh pun kerja tu. Ni memang bullsh*t. maaf terkasar.

tu je lah. Sekarang ni aku tak faham dengan jenis free rider ni. kau nak apa sebenarnya dalam hidup? nak berjaya tapi tak nak sumbang idea? lol. aku harap kalau admin post confession ni, aku nak tengok siapa yang pernah jumpa atau satu group dgn jenis free rider ni. apa perasaan korang? apa yang paling teruk diorg pernah buat?

– Melur Melati

Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit

No comments