Teori Rumahtangga
TEORI
1. Anggap isteri sebagai kawan rapat bukan pembantu rumah.
2. Dalam rumahtangga perlu ada perselisihan faham agar lebih bahagia.
3. Suami isteri saling melengkapi
Yes, itu lah teori yang selalu kita didendangkan oleh pereka-pereka teori yang menganggap teori mereka boleh terpakai untuk semua orang. Bagi yang suka membaca teori ini, mereka memang suka sebab teori-teori macam ini banyak menyebelahi mereka dan “akan” memberi kelebihan pada mereka.
Teori no. 1 ni banyak yang diviralkan oleh kaum wanita. Datang je teori ni masing-masing mengeletis nak tag laki masing-masing. Yang geng bujang pon sama naik, nak tag boifren korang. Aku anggap teori ni teori daripada orang otak udang. Kenapa ya… ??
Aku ada kawan rapat. Kami dalam 5 orang. Semua dah berumah tangga. Kami kenal dari kami semua bujang hinggalah anak semua dah masok sekolah menengah. Kitaorang selalu luangkan masa sama-sama waktu lunch. Dalam kalangan kami, ade sorang yang gemuk, sorang kurus, sorang ala-ala mak nyah, sorang ala-ala ustaz. Selalu kami akan berbual berkenaan masa depan office kami yang sekarang tengah dilanda kemelesetan. Selalu gurauan kami agak kasar. Yelah bila kau dah rapat dan kenal hati masing-masing, mulut kau akan jadi puaka tak kira ko kuat mengaji kat rumah ke tak. Ko akan selamba je mengata depan kawan ko dia gemuk buat berat kereta je bila kitaorng keluar sama-sama. Dia akan balas, kau diamlah keding. Hahahaha, kami memang macam tu. Mengutuk dan mengata depan-depan. Bergurau kasar. Tapi kami saling sokong – menyokong.
Jadi, kaitan aku dengan teori no.1 ni, nak ke korang bergurau dengan wife korang macam tu.“eh yang, gemuknye… boleh tambah lagi berat tak? “ tu kita panggil gurauan rakan rapat (bff) macam kawan-kawan ko. Sentap tapi tak ambil hati. Ko ingat orang perempuan sama ke macam lelaki. Orang perempuan ni sembang je lebih. Tag kat facebook bagai. Bila datang bab bergurau dia yang kuat sentap, tapi nak suruh kita gurau macam kawan. Ada hati….
Jadi aku salute kepada bro-bro dan sis-sis di luar sana yang bergurau bff dan ikatan korang makin intim. Aku jeles. Aku… tak…. Aku dah cuba. Wife aku suka bercerita perihal adik beradik dia, ada adik dia sorang baru kahwin dan dia banyak bagi nasihat. Tapi adik dia kuat pulak menjawap. So bila wife aku cerita balik kat aku, of course lah aku bergurau. Aku cakap “ macam ikut perangai kakak dia kuat menjawap” .. ya aku bergurau sambal sengeh. Apa aku dapat. Sebijik penampar singgah kat jantung aku. Bukan penampar gurau, penampar bengang. Sakit…memang sakit. Lepas tu wife aku terus marah sambal menangis cakap aku tak supportive dan dia tak suka nak bercerita dengan aku sebab aku selalu buat dia macam tu.
Dah tu tadi ko suruh aku anggap ko macam kawan. Aku bergurau macam kawan ko hadiahkan penampar kat aku pulak. Sakitnya hati. So… to be fair, aku memang takkan komen apa-apa lepas ni pasal cerita dia. Aku dengar je masuk telinga kanan keluar telinga kiri. Memang sahlah sape yang buat teori no.1 ni otak udang.
To be honest, teori no.2 “ dalam rumahtangga perlu ada perselisihan faham agar lebih bahagia”. Banyak sekali teori ni viral dalam facebook dalam kisah rumah tangga. Rata-rata yang tukang komen pon mengakui teori ni betul. Aku pon tak nampak kat mana yang betulnya pada aku. Ya betul, dalam berumah tangga mana ada yang 100% perfect macam cerita drama. Kita memang tak lari dari melakukan kesilapan. Besar atau kecil. Apa yang perlu kita tangani adalah bagaimana kita handle situasi. Bila teori ni muncul dan aku ada perselisihan faham, aku akan teringat satu lagi teori “Never argue with an idiot. They will only bring you down to their level and beat you with experience.”. Adalah lebih baik kalau ada selisih faham aku diam atau tidak memberi apa-apa komen atau kenyataan sebab at the end penutupnya amat teruk.
Aku akan kena pukul sebab dia akan mengamuk sakan. Sakit kan kena pukul… tak jugak sakit. Tapi yang lebih sakit ialah sakit dalam hati. Orang yang kau sayang pukul kau. Ikutkan hati kalau aku balas balik sekali backhand je boleh tertiarap kan. Tapi aku tak segila tu. Aku setakat ni alhamdulillah boleh kawal. Dapat isteri yang suka menjawap adalah satu yang amat neraka bagi aku. Kalau jawapan tu rasional aku boleh terima. Tapi kalau jawapan tu main cekup sebab nak lawan aku, memang aku kecewa. Aku dah sampai tahap aku cakap pada diri sendiri lebih baik diamkan diri dari aku bergaduh.
Pernah sekali aku sedang berwhastapp group dengan kawan-kawan office aku, aku tergelak sendiri. Kawan ko buat lawak kan dalam group. Wife aku terus rampas handphone aku. Terkejut beruk jugak aku. Macam biasa aku kena marah, katanya tak habis-habis lagi ke jumpa kat office. Sampai dalam rumah pon nak bersembang. Dia nak bersembang dengan siapa. Ya betul juga kata wife aku. Aku silap tak bagi tumpuan bila balik rumah. After that memang aku tak berapa pegang handphone unless benda urgent.
Tapi aku kejadahnya kalau wife aku buat benda yang dia tak suka aku buat. Tiba-tiba dia gelak sorang2. Rupanya kawan office dia buat lawak dalam group whatsapp. Aku ungkit la kenapa time aku dia rampas handphone aku. Dia boleh menjawap kata ade keje office ni, sambil2 tu kawan melawak. Dah boleh pulak. Kalau ikutkan hati aku memang aku nak je maki. Tapi aku suami, lelaki. Kena jaga adab depan anak-anak. Adil sangat kan…. Aku memang kecewa.
Teori no.3 ni yang paling aku rasa frust. Dulu masa bercinta taste kami masing-masing tak sama. Aku suka ice cream, dia tak suka ice cream. Dia suka sphagetti aku tak suka spagetthi. Boleh dikatakan kebanyakan kami tiada persamaan. Orang kata kalau macam tu bagus, kalau kau suka hiking, nanti ko boleh ajak dia sama-sama. Benda baru bagi dia. Dia suka makanan minang, aku tak suka, so… boleh lah aku merasa masakan minang. Saling lengkap melengkapi. All this theory are bullshit.
Aku suka ekspidisi, aku ajak dia sama-sama. Dia kata tak nak masuk hutan sebab banyak nyamuk. Ok lah. Aku nak pergi hiking dengan kawan-kawan office aku yang 5 orang tu. Dia bagi tapi dengan banyak syarat dan muka masam. Lepas balik hiking kami bergaduh besar pulak. Dia tuduh ada perempuan skali naik hiking. Aku jual nama family day nak gi hiking. What the hell…. Ok kami berenam, sorang nama kawan aku ni Nurul huda. Lelaki kot. Aku tengok dia ada jambang siap. Tak perlu dah aku nak selongkar dalam seluar dia lelaki ke perempuan. Ko tengok nama dia siap kata aku menipu bawak perempuan gi hiking. Main sedap mulut je simbah aku. Ko rasa aku maksum ke nak menahan marah kene tuduh macam tu. So ko rasa saling lengkap melengkapi ke saling sila meninggal?
Seriously aku nasihatkan adik-adik diluar sana, cari pasangan yang secocok. Sebelum kahwin memang indah belaka. Azab selepas itu kena ambil kira. Jangan pula tak nak kawin sebab cerita aku ye. Ambil iktibar, kawin ni Sunnah. Jadi jalan cerita kita mungkin sama, mungkin jauh menyimpang. Doakan aku dan wife boleh saling faham memahami dan kami bahagia hingga akhir hayat. Aku sayang wife aku. Tapi aku letih….
– BEN THANI
Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit
Post a Comment