Perjalanan Hidup Menempuh Mehnah
Bismillah.
Assalamualaikum semua rakan pembaca yang positif lagi hebat ,tak lupa juga terima kasih kepada admin yang sudi menyiarkan confession saya.
Mesti pembaca tertanya tanya mengapa tajuk confession saya begitu?Sebenarnya suka saya untuk kongsi serba sedikit tentang hidup saya,atau lebih dimaksudkan kepada ujian yang saya hadapi sepanjang perjalanan hidup ini.
mungkin ia tidak begitu menakjubkan tetapi bagi saya mungkin melalui cerita saya,saya boleh bagi manfaat dan ibrah untuk orang lain walau sedikit.kerana sebaik baik manusia adalah orang boleh memberi manfaat untuk orang lain.
Saya Aina(bukan nama sebenar)Umur 19 tahun.Saya berasal dari keluarga yang biasa biasa bukan berada.Anak bkngsu dari 7 beradik.Saya masih ada mak dan ayah alhamdulillah.Tapi mak ayah saya bukan seperti mak ayah orang lain.Kenapa?mak ayah saya menghidap penyakit kronik iaitu strok atau angin ahmar.Mak saya sakit masa saya berumur 13 tahun lagi.Untuk permulaan strok mak saya di tahap yang sangat kritikal makan dan minum di tube.Tidak boleh bercakap dan berjalan.Ada satu masa di hospital,bila pulang dari sekolah saya tengok doktor doktor menghampirit mak saya dalam keadaan yang sangat panik.Rupanya mak saya dalam keadaan nazak dan dalam keadaan 50 50 bertarung nyawa.Alhamdulillah selang beberapa jam,keadaan mak kembali normal seperti sediakala.Untuk beberapa bulan dan makan masa beberapa tahun hingga umur saya sekarang,alhamdulillah mak saya kembali sihat boleh bercakap dan berjalan walau tak segagah dulu.Itu adalah nikmat yang hebat dari Allah.Masa saya form 5 umur 17 ayah saya pula mengahdapi penyakit kronik strok.Anak mana yang tak sedih melihat keadaan mak ayah masa tu.Tapi Atas nikmat Allah untuk beberapa bulan lepas tu hingga sekarang ayah sihat sedikit dari sediakala.Di rumah hanya ada saya dan abang yang menjaga mak ayah.Biasa la abang kerja kan.So tugas jaga mak ayah saya ambil untuk masak makan dan minum.Aktivit di luar rumah sangat terhad.Saya tak kisah yang tu :)
satu masa tu ada kerja yang saya buat tak kena di mata ayah saya so hari hari kena marah,biasa la kan kalau nampak tak kena macam mana.Boleh sabar lagi..dan saya cuba sabar..sampai tahap air mata keluar walau kita buat benda yang nak puaskan hati mereka.Takpe saya faham sebab pesakit strok dia memang tak macam dulu dia jadi lain sikit dari segi perasaan dia.Kadang kadang bila stress,tambah kena marah semua kan..mesti rasa letih nak hadap semua benda kat rumah kadang kadang sampai mengeluh kenapa Allah uji macam ni.Bukan tak redha tapi hanya ingin jawapan dalam tak sedar.Rasa diri sangat kusut masa tu.
Saya ambil keputusan untuk luahkan kepada seorang senior merangkap kakak angkat yang paling rapat dan saya percaya.Dia seorang yang hebat dari sudut kekuatan rohani dan dalaman yang Allah bagi pada dia.Saya mengadu apa yang saya rasa sampai menitis air mata.
Tapi,nak tahu apa pandangan dia?
satu je dia ungkap,Allahu dik,Baru sedikit itu adik kena tanggung dah rasa penat?Mak ayah dulu jaga besarkan kita tak pernah berkira susah dan senang.menanggung keringat walau perit untuk cari nafkah yang halal untuk bedarkan kita tapi kita berkira untuk jaga diorang?dah merungut?
Lagi kata kata dia,adik pergi minta maaf dengan ayah sekarang san solat taubat mohon ampun atas apa yang adik dah buat.Dan jangan buat lagi.
allahu,saat itu juga air mata jernihbitu menitis perlahan lahan dipipi terasa bagai ditampar hidayah Allah. Baru tersedar apa yang saya dah buat.Hanya mementingkan perasaan diri sendiri sedangkan pengorbanan mak ayah lebih besar pada kita saat dari kecil hingga dewasa.Allah Allah.
Apa yang saya nak kongsi,bagi mereka yang diuji sebegini bahkan yang lebih teruk lagi,ingatlah bahawa keberkatan mak ayah itu adalah redha Allah yang tak bisa kamu dapatkan di mana mana.Ingatlah sekali air mata mak ayah gugur kebumi kerana disakiti oleh anaknya maka nerakalah tempat kita.
jangan pernah lelah untuk memberi khidmat kerana bila hilangnya kedua mereka,maka hilanglah antara doa yang mustajab dalam hidup kita.
BAB 2
Saya juga bergiat aktif dalam badan badan disekolah.Seringkali menghadiri program dan pernah ditugaskan sebagai setiausaha program travel.Dan ada beberapa jawatan lain
Suka saya untuk kongsi dengan rakan rakan yang seperti dalam dunia saya.Bila duduk dalam satu organisasi atau jemaah seringkali diuji.Diuji dengan apa?Dengan jawatan.Yes.Jawatan tu adalah ujian terbesar..Dan jawatan itu adalah amanah yang akan Allah persoal do akhirat kelak.
Setiausaha,herm mungkin biasa biasa sahaja jawatan ini tapi dalam program travel ia tak mudah juga.Pdrlukan konsentrasi yang lebih untuk merangka atur cara program.Bak kata,bab berfikir semua atas setiausaha.Ada satu hari,Saya rasa kerja saya berat..sebab saya kena urus banyak tugas dalam satu masa itu dan ini semuanya atas kepala.Sampai satu tahap fade up.Kenapa?bila adanya orang yang melepaskan tanggungjawab dan melepaskan beban kepada orang lain sedangkan itu adalah tugas dia tapi sewenang wenang melempar tugas kepada orang lain?
Membuat atur cara program travel bukan senang.Sebab kena survey tempat tempat dan harga.Tengok bajet berapa dan nak kena alert jugak peserta berapa ramai,kenderaan pergi balik.
satu masa fikir,semua benda memang kerja saya ke?sampai tahap letih usah digambarkan berulang alik ke sekolah.Sampai satu tahap ,antara rutin pagi adalah merangka atur cara program.5 bulan nak siap semua perancangan dan dalam masa 5 bukan saya ilang alik ke sekolah untuk uruskan perjumpaan dan sebagainya.Tapi dalam masa yang sama kecewa,seolah olah tiada orang yang bertanya khabar bagaimana atur cara program?dah siap ke?ada apa apa lagi tak beres?seolah olah saya seorang yang ada dan bersungguh nak urus benda tu.Sampai stu tahap meluahkan kepada rakan lain ksrana tak tahan sangat.Dengan hasrat bukan membuka aib tapi terasa terlalu lemah dan tiada motovasi diri.Rasa ingin lari dari memegang jawatan.Ingin lari jauh dan jauh dari.manusia yang tak pandai menghargai.Bukan dipinta penghargaan,tapi cukuplah masing masing alert dengan tugas masing masing dan jangan memberi beban kepada orang lain.
Bila diluahkan kepada seorang sahabat,
dia memahami lantas berkata,hidup ini tidak boleh beri semua orang bahagia.Dan belum tentu apa yanf kita buat orang lain akan suka.Tapi cukuplah kita tahu apa yang kita buat dengan matlmat nak beri manfaat untuk orang sekeliling.
Sampai satu tahap down dan fade up.Menahan perit untuk menjalankan tugasan.Tapi pada masa yang sama masih ada insan yang prihatin ingin mendengar dan meminjamkan bahu untuk bersandar.
Tapi alhamdulillah saya mampu menyiapkan tugasan saya dengan baik.
Berkat doa sahabat yang memahami.
Satu saat saya terfikir,Ada apa dalam hidup ini?Dan kenapa hidup ini sentiasa Allah uji?Uji dengan air mata dan keperitan sehingga terasa ingin futur dan lari jauh dari ujian.
Bila teekenang ayat Allah dalam surah al ankabut ayat 2:Allah menyatakan bahawa bagaimana kamu mengatakan kamu beriman sedangkan kamu tidak diuji?”
ALLAH,deep.
Terkadang saya suka meminta nasihat dari orang terdekat hatta sahabat rapat sendiri bagaimana mahu teguh untuk hadapi ujian dan mehnah hidup?
seorang sahabat saya yang dulu mungkin merupakan kisah silam dia.Dia difitnah dan dihina.Di sekolah bila berjalan sahaja ramai yang memandang.Tapi doa tabahkan hati untuk hadap semua benda tu.Sampai hari ini bila dia bangkit dia mampu menyedarkan orang lain bahawa ujian Allah adalah penguat.Ujian Allah adalah untuk meningkatkan darjat seorang hamba.Dengan ujian,insan akan msngenal apa itu kehidupan dan dengan ujian manusia menjadi kuat.
Coretan dari kakak angkat saya,menitis air mata bila teringat kisah perjuangan dia.Seorang aktivis yang aktif berdakwah menyebarkan islam sampai satu saat sahabat seperjuangan dia dibunuh .
San satu saat dia diugut bunuh.Bukan itu sahaja,lantas disihir oleh manusia yang kejam.Sehingga bila berkahwin pon disihir sehingga 30 jizuk al quran dalam dada semuanya hilang.Kosong.Alif Ba Ta pun tidak kenal.Bayangkan ujian Allah.
Dia dihina difitnah dan macam macam lagi.Tapi mampu beridiri sehingga menyambung risalah nabi.
Allahu.Itu serba sedikit perkongsian saya yang mungkin tidak ada apa apa .Tapi moga moga sahabat sahabat yang diuji seperti saya itu lebih kuat bila membaca perkongsian dari insan hebat di sekeliling saya.Sedikit kata dari saya,Hiduplah seperti mentari yang sentiasa menyinari dan memberi sejuta kebaikan untuk umat ini.Hadapi ujian dengan penuh kesabaran dan lapang dada.Kerana ingat lah ayat Allah..Allah tidak menguji hambaNya diluar kemampuan.
Bila kita kuat kerana Allah,walau kita jatuh kerana manusia berjuta kali,kita akan bangkit kerana Allah.Yakinlah Allah sentiasa dekat kerana itu janji Allah.
Alhamdulillah itu sedikit coretan dari saya.Mohon maaf jika ada yang terkasar bahasa kerana lemah itu datang dari saya yang baik itu dari Allah.
terima kasih semua sudi membaca dan Assalamualaikum.Moga Allah merahmati kalian semua.
-Aina-
insan hina menuju hijrah :)
– -Syauq-
Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit
Post a Comment