Wahai Kaum Wanita

Wanita tidak diciptakan dari kepala lelaki untuk diatasinya.
Tidak juga wanita diciptakan dari kaki lelaki untuk dialasinya.
Bahkan wanita diciptakan dari tulang rusuk lelaki.
Dekat dengan lengan untuk dilindungi, dan dekat dengan hati untuk dicintainya.’

Assalamualaikum Wr. Wb. dan salam sejahtera pada para pembaca IIUMC. Terima kasih aku ucapkan pada admin IIUMC sebab terbitkan confessions aku yang belambak selama ni.

Tujuan aku hantar confession kali ni adalah untuk mengetengahkan persoalan yang ada di kebanyakan minda wanita terutamanya, tentang di mana terletaknya tempat seorang wanita di mata masyarakat.

Aku jumpa banyak posts yang mempersoalkan tentang hukum faraidh, tentang never-ending-issue iaitu kenapa tempat seorang wanita tu kat dapur, kenapa tak boleh wanita nak bekerja? Siapa kata lelaki je boleh buat? Wanita tak boleh?

Aku sangat ta’ajjub ataupun kata lain, amazed dengan betapa hebatnya otak kita ni Allah ciptakan sampai kita boleh berfikir benda-benda yang pelik dan ajaib.

Allah sampaikan Islam kepada Nabi Muhammad S.A.W., untuk kita semua tapi bukan untuk ikut membuta tuli tanpa belajar tentang apa yang Allah perintahkan. Bahkan Allah suruh kita untuk berfikir dan mencari tahu, menimba ilmu tentang semua yang Allah dah beritahu. Bila kita cari tahu, kita faham, kita eventually akan jumpa kebenaran iaitu Allah.

Soal hukum faraidh, ramai wanita tak puas hati kenapa lelaki boleh dapat lebih. Jawapannya mudah dan terbentang luas depan mata sebenarnya. Sebab Allah ciptakan lelaki untuk bertanggungjawab atas wanita. Bila abang atau adik lelaki tau pakcik awak dapat lebih, bermaksud lelaki-lelaki ni lah yang sepatutnya bertanggungjawab atas awak. Senang kata, harta yang mereka dapat tu sudahnya akan dilaburkan dan diberi untuk para wanita dalam keluarga tu.

Masalah timbul bila lelaki-lelaki ni jadi tak bertanggungjawab dan menyusahkan wanita serta bolot harta tanpa sekelumit pun rasa bersalah. Serious wanita. Aku tau sangat feeling terabai dan sakit hati tu. Tapi percaya lah. Terlepas mereka di dunia, takkan terlepas mereka di akhirat yang abadi tu.

Isu kenapa wanita tak boleh keluar bekerja. Aku rasa dah lama settle benda ni tapi still ramai yang persoalkan. Islam tak melarang sama sekali kalau kau nak keluar bekerja. Problem datang bila kau keluar bekerja sambil suami dan anak-anak kau terabai. Suami bekerja tentunya untuk tanggung kita isteri dan anak-anak. Kita tak wajib bagi nafkah kat suami dan anak-anak. Kita bekerja sama ada untuk membantu suami, atau untuk duit belanja kita sendiri sebab kita belanja lebih dari apa suami beri, ataupun kita nak mewah dari yang sekadarnya. Mana satu kita? Boleh lah fikirkan sendiri. Tapi….. Islam tak larang.

Sayyidatina Fatimah RadiAllahu ‘anha pernah nangis kat Rasulullah SollAllahu ‘alaihi wasallam dan mengadu betapa penatnya beliau menguruskan hal rumahtangga. Kemas, jaga suami, memasak dan sebagainya. Itu Sayyidatina Fatimah. Kita ni apatah lagi ye tak? Mesti lah penat macam tu jugak. Tapi ganjaran kat akhirat? Tak terkira sayang. Kerja kat luar balik kena uruskan rumahtangga. Kalau kerja memang untuk bantu suami, lagi lah. Boleh bayangkan tak betapa besarnya rahmat Allah yang Allah akan kurniakan pada kita orang perempuan?

Yang peliknya, kenapa kita selalu mempersoalkan. Kenapa kita selalu rasa Islam tak berlaku adil pada kita? Sebab ganjaran yang kita dapat bukan kat dunia tapi Allah cukupkan untuk kat akhirat nanti. Lumrah manusia bila tak dapat depan mata kita mula tak puas hati.

Aku tau ramai sangat lelaki yang tak bertanggungjawab zaman sekarang ni. Aku tak cakap semua. Aku cakap ramai. Tapi ramai jugak yang baik baik belaka. Cuma mungkin yang Allah datangkan pada kau yang buat hati kau terbakar kan. Allah menduga. Bertimpa-timpa Allah uji. Tak apa. It’s ok ladies. Calm down and relax. Allah ciptakan kita special. Kuat. Dari segi emosi, mental dan fizikal. Kau rasa kau tak kuat tapi bila kau kena kuat, kau kuat sangat dari seorang lelaki sampai orang pun pelik dari mana datangnya kekuatan kau tu.

Jadi, tak ada apa sebenarnya yang kita patut jadikan isu. Tak perlu lah kita bandingkan diri kita dengan lelaki. Lelaki tu lelaki. Wanita tetap wanita. Tak perlu nak jadi macam lelaki sebab kita memang istimewa dengan cara yang tersendiri.

Secara tak sedar, kuta sibuk tengok keistimewaan lelaki, sampaikan kita tak tengok keistimewaan diri kita sendiri. Aku tak cakap pasal imej dan penampilan okay.

Oleh kerana itu wanita, bersyukur lah. Bersyukur dan sayang diri sendiri kerana kita ni wanita. Rasulullah S.A.W. pun ada sebut dan pesan pada lelaki dalam khutbah baginda yang terakhir, untuk melindungi wanita.

Pesan aku untuk korang lelaki. Dunia ni lebih dari sekadar kau keluar lepak tengah malam tengok bola dengan kawan-kawan, lepak kedai mamak bergosip sampai ke pagi tinggalkan anak bini. Bukan sekadar kerja balik makan tidur lepas tu ulang cycle yang sama. Bukan kau dapat harta kau makan sendiri sampai terabai mak, kakak, adik perempuan dan saudara mara perempuan kau.

Wahai lelaki… dunia ni jambatan untuk kau tarik ramai wanita je syurga nanti. Caranya senang. Kau sayangkan Allah, kau dapatlah apa Allah dah janjikan selama ni.

Pesanan aku yang terakhir, maruah wanita banyak dipijak. Dan banyak jugak dilindung dan dijaga. Kalau kau dianiaya, kau serahkan pada Allah. Doa yang baik-baik je ok? Tapi pesanan aku bermaksud, kau wanita, jangan ego sangat mencongak tinggi bahwa kau teratas kerana Allah naikkan darjat kita. Tapi merendah diri lah dan bersyukur dengan semua nikmat yang Allah dah beri pada kita, kaum wanita.

Moga apa aku sampaikan akan memberi manfaat pada semua dan jugak diri aku sendiri.

Wassalam.

– Aku, seorang wanita

Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit

No comments