Perihal Housemate

Assalamualaikum. At first aku nak ucapkan ribuan terima kasih buat admin yang terima confession ini, dan harap dapat sembunyikan identiti aku. Aku perempuan dan berumur 25 tahun. Sekarang aku tengah menjalani latihan industri di negeri kelahiran aku, Insya-Allah tak lama lagi bakal tamat belajar sesudah habis latihan industri. Dulu aku study di Pantai Timur and of course duduk dengan kawan – kawan satu rumah.

Bila bercakap tentang perihal housemate ni, secara jujur memang kita akan nampak baik dan buruk mereka. Lagi – lagi jika kita duduk dengan mereka dari awal kita masuk Universiti, hingga habis belajar di sana (sebelum pergi ke latihan industri). Cakap je apa yang mereka tak pernah lakukan pada aku, semua pernah. Kerana ada masalah dengan mereka juga, aku pnya pointer turun beberapa semester. Kerana perbuatan mereka juga, aku rasa down dan menangis seorang diri. Hampir setahun aku lalui perkara ni sorang – sorang.

Dulu kami duduk satu rumah dalam enam orang, tapi bila ada yang dah pindah jadi tinggal kami beberapa kerat je dalam rumah tu. Di sinilah si B memulakan peranan dia secara diam – diam. Bila aku ada masalah dengan si S, masalah tu akan jadi worst sangat. Si S ni pula jenis yang keras kepala, dan ego dia terlalu tinggi. Si B ni pula, dia senang nak baca orang (mungkin), sebab dari cara dia cerita tu aku dapat rasakan yang dia mudah baca perangai orang sekian – sekian. So bila dia nampak kelemahan aku dan si S, maka dia pun memulakan peranan dia.

Banyak perkara yang berlaku selama setahun ni, sehingga aku ambil keputusan untuk lupakan mereka dan lupakan semua. Aku dah unfriends laman social mereka, nak block tak sampai hati. Tapi si S dan si B ni suka je tengok apa aku post dekat laman social aku (memandangkan mereka masih lagi ‘friends’ dengan aku dekat laman social tersebut)Macam mana aku tahu, la kat dekat story – story laman social kita boleh tengok, siapa yang tengok story kita tu. Antara perkara yang paling aku tak boleh lupa, senyuman sinis (senyuman mengejek) si B dekat aku, selepas dia mengadu – domba aku dengan si S.

Jangan cakap aku pula bermasalah, sedangkan masalah ni berpunca dari mana pun, aku tak tahu. Puas aku cari, tapi tak jumpa punca masalah tersebut. Even aku dipinggirkan pun aku tak tahu apa sebabnya. Sampai satu stage, aku terfikir yang mungkin si B ni jelous kot aku rapat dengan si S. Yelah awal semester dulu memang kami rapat sangat, end up bila ada salah faham, mereka pula yang rapat dan aku… Kesudahannya, aku bawa diri sorang – sorang dekat rumah tu, semata – mata nak habiskan study aku. Tapi serious, hanya Allah saja yang tahu apa aku rasa masa tu. Aku nak pindah, tapi parents aku selalu cakap sabar, dan mereka tak galakkan aku untuk berpindah. So aku follow je apa parents aku cakap. Aku menangis sorang – sorang sebab tertekan dekat rumah tu. Aku selalu berdoa dekat Allah, kuatkan aku dan bantu aku habis belajar dengan jayanya, sebab aku nak tengok aku tersenyum dan parents aku pun turut tersenyum, dan itulah impian aku sejak pertama kali aku melangkah masuk ke Universiti tersebut. Alhamdulillah Allah makbulkan doa aku.

Sedikit tips untuk bertahan dengan housemate yang bermacam ragam.

1. Look at yourself
Kita sendiri ada buat silap. Fikir balik apa silap kita, minta maaf kalau ada lakukan kesilapan (bukan apa, kadang – kadang kita sendiri tak perasan yang kita ada lukakan hati orang tanpa sengaja).

Yelah, walaupun kita tak tahu apa punca dia pinggirkan kita, buat kita macam tu, kau positive jela dan tengok diri kita sendiri.

Insya-Allah kita akan positive dan boleh bertahan.

2. Sibukkan diri
Macam aku cakap, aku ada masalah dengan housemate aku dan aku pun tak tahu punca dia dari mana. Cuma kadang – kadang salah faham tu biasalah, tapi bila dah ada orang mengadu – domba, tu yang jadi semakin worst.

Aku ambil langkah untuk happy-kan diri aku sendiri. So, aku jadi diri aku, bergaul dengan semua orang (course – mate aku dan budak course lain yang aku kenal), bila aku ada kat luar rumah. Balik rumah, aku akan stress balik, sebab sejak ada masalah keadaan rumah tu jadi tegang. Its ok, aku akan sibukkan diri.

Bukan tak nak cakap dengan mereka, aku bercakap juga. Tapi, kalau dah keadaan macam tu, kau tak rasa krik – krik ke bila bercakap? Kadang – kadang kami hanya berbual bila perlu, itu adalah terbaik. Selebihnya, aku akan sibukkan diri aku dengan kerja, dan kadang – kadang kalau nak have fun dengan diri sendiri, tengok drama.

3. Buat baik
Walaupun keadaan tegang macam mana pun, aku buat je baik dengan mereka. Contoh, walaupun mereka makan kadang – kadang jemput aku, kadang – kadang tak. Aku tetap akan jemput mereka makan, kalau aku ada masak atau beli makanan.

Sebab kawan baik aku (masa diploma, now aku degree dan dia tak sambung belajar kat Universiti yang aku belajar sekarang ni), selalu nasihatkan aku buat biasa dan buat baik je dengan mereka. Aku buat hati kental depan mereka, sebab aku tak nak mereka nampak aku lemah.

Lagi satu, lecturer kaunseling pernah bagitahu dalam kelas “kalau kita nak suasana harmoni, kita sendiri harus wujudkan suasana harmoni tersebut”. So that is why, aku tegur je mereka dan berbual jika perlu. Biarlah orang nak cakap aku terhegeh – hegeh ke apa, sebab aku dah lali dengan kata – kata sindiran mereka yang selalu buat aku panas hati. Be professional.

4. Nak stay, stay. Tak nak stay, pindah.
jika masalah korang dah worst, baik pindah. Kadang – kadang keputusan tu adalah terbaik. Lagi perempuan weyh, macam – macam perangai yang aku tak nafikan.

Paling tak tahan, tiba – tiba nak mengadu domba orang tu dah kenapa? Aku pun tak faham sampai sekarang.

So bila dah ada masalah macam ni, baik fikir diri kita dari fikir diri orang lain. Kalau kau orang rasa stay tu boleh bahagiakan, its ok, stay. Tapi kalau tak, macam aku suggest, pindah jelah.

5. Biarkan dia jelah, dah tu pilihan dia.
Dah tak payah pening – pening, dia dah tak nak kawan dengan kau, biar jelah.

Jangan dipaksa orang tak nak kawan dengan kita. Sebab tu banyak statement dekat laman social yang mengatakan, “bila dah besar nampak orang lagi ramai berjauhan dengan kita”. Ye, dekat universiti pun sama even dekat office pun sama. Walaupun masing masing dah umur 20-an tapi bila dah ada orang mengadu – domba ni, instead of kau ada masalah bersama, memang akan jadi perpisahan.

Tak apa.

Lagi pun bila kita dah besar ni, diri kita sendiri akan pilih orang yang boleh ngam dan rapat dengan kita, instead of kita akan tengok dan rapat dengan orang yang boleh terima kita dapat hidup dia. Dan orang tu, tak lain tak bukan, keluarga kita. Sebab tu ada juga statement mengatakan, kalau persahabatan korang lebih 5 tahun hargai mereka. Yes, tepat. Sebab mereka boleh terima baik buruk kau.

So be yourself, be positive.

6. Belajar untuk tak cari salah orang.
Kalau dia nak cari salah kau, biarkan je dia. Asal kau, diamkan je apa dia buat dan belajar untuk tak cari salah orang bila kita ada masalah dengan orang tu.

Orang yang nak cari salah kita ni, buat apa nak dilayankan? Buat pening je weyh. Mulut orang tak boleh ditutup, so ignore jela. Sebab benda tu lebih baik dari kau melayan dan memikirkan perihal orang tu.

Sebab masing – masing ada buat silap. Dia tak nak mengaku silap dia, biarlah. Asal kita mengaku. Tapi jangan mengaku depan dia, kau diamkan je dahlah.

7. Jangan confess dekat kawan – kawan yang kenal housemate kau.
Benda ni pun aku belajar. Aku pernah confess kat kawan juga, tapi ada percaya ada tak. Ada yang dah terlepas cakap dekat si S ni.

Langakh terbaik, diamkan je. Kalau nak cerita, cerita lah dekat kawan baik yang tak kenal housemate kau, atau cerita je dengan family. Dah, simple. So masalah ni takkan jadi lagi besar.

Biasalah, kita ni manusia biasa. Kadang – kadang terlepas, kadang – kadang memang sengaja dilepaskan (sebab sakit hati dengan orang tu).

Apa yang aku belajar, terimalah baik buruk housemate kau. Jangan asyik nak mengata keburukan dia je. Pandang juga kebaikan yang dia dah lakukan dekat kau.

8. Berdoa
Benda ni pun penting. Sejak aku mula ada masalah dengan dia, aku belajar untuk dekatkan diri dengan Allah (tak adalah maksudnya aku tak jaga solat aku). I mean aku semakin dekatkan diri dengan Allah, kadang berdoa tu sambil meluahkan masalah dan sampai terkeluar air mata.

Dekat tikar sejadah tempat aku tenang.
Mungkin sebab tu juga aku boleh survive.

Aku harap korang tak kecam aku, sebab apa yang aku confess ni aku belajar untuk jadi kuat masa aku belajar. Ye betul, belajar memang tak se-stress bekerja. Aku tengah buat latihan industri ni pun, dah nampak benda lebih kurang sama macam aku study dulu. Walaupun umur lagi atas dari kita, tapi kadang perangai tak matured. So aku biarkan je orang macam tu.

So kepada awak semua yang masih belajar, harap dapat membantu serba sikit. Biasalah housemate ni, memang macam – macam perangai, kita pun sama ada perangai sendiri. Aku pun selalu ajar diri untuk behave.

Bukan mudah nak buat orang senang dengan kita. Jadi behave jelah, mana yang boleh terima tu mungkin akan terima. Mana yang tak boleh terima tu, biarkan jelah. Sebab lain orang, lain pendapatnya terhadap seseorang yang dia kenal.

“Kawan adalah cerminan diri kita”, mungkin jika yang Allah jauhkan tu mungkin bukan yang terbaik buat kita. Stay positive.

Terima kasih sudi baca confession yang tak seberapa ni.

– NF

Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit

No comments