Ustaz Songsang
Salam semua. Terbaca pasal kisah Adik Thaqif, memang sedih. Semoga si pelaku mendapat hukuman yang setimpal dan bertaubat. Pasal siapa yang bersalah tu biarlah mahkamah yang menentukan. Cuma apabila mengetahui kisah tersebut, aku teringat kisah silam yg terjadi lebih kurang 20 tahun yg lampau sewaktu aku masih bersekolah rendah dengan seorang ustaz.
Kisah aku ni bukanlah pasal dera, tapi lebih kepada bahayanya golongan agama yang berpewatakan warak tetapi hakikatnya mempunyai perangai syaitan yang tersembunyi. Bagi aku orang2 sebegini lebih bahaya daripada penjenayah yang biasa sebab sekurang-kurangnya kita tidak terpengaruh dengan perwatakan alim dan warak lebih2 lagi dengan status seorang ustaz yang sememangnya dihormati masyarakat.
Aku seorang lelaki. Semasa kejadian aku masih bersekolah rendah. Ada seorang ustaz di sekolah aku. Nama beliau Ustaz Z. Pada masa itu beliau masih bujang, agak muda orangnya. Ustaz Z ni kalau secara luaran beliau nampak seperti ustaz2 biasa. Kadangkala berjubah, percakapan lembut dan memakai celak. Ustaz Z tidak mengajar subjek agama kelas aku tapi entah kenapa beliau agak berminat untuk rapat dengan aku. Mula2 dia mintak no telefon rumah aku. Dia selalu call aku malam2 berborak kosong dan katanya nak jadikan aku ‘adik angkat’. Siap suruh aku panggil dia ‘abang’. Kadang2 dia panggil aku ‘sayang’. Aku masa tu budak2 memanglah takde syak apa2. Siap bagitau mak ayah Ustaz Z ni jadi abang angkat. Mak ayah pulak ok je siap seronok ada ustaz tolong tgk2kan aku kat sekolah.
Kemudian Ustaz Z memang mengambil berat pasal aku secara berlebihan di sekolah. Gaya seorang ‘abang’. Nak dijadikan cerita, ustaz Z memilih aku untuk turut serta di program kem ibadah selama 3 hari 2 malam semasa cuti sekolah. Kem ibadah tu diadakan disebuah sekolah menengah berasrama penuh yang berdekatan.
Tempat tidur kami di kem ibadah tersebut adalah dorm asrama. Katil double decker.
Ustaz Z sebagai salah seorang ustaz yang bertanggungjawab mengawasi peserta kem tersebut juga bermalam disitu. Dia sengaja memilih untuk menjadi ustaz pengawas di dorm yang aku ditempatkan kerana menurutnya senang dia nak ‘menjaga’ aku. Malam pertama kem ibadah tersebut, aku tak boleh tidur. Biasalah masa tu pertama kali aku bermalam berjauhan dengan keluarga. Mata terkebil2 tak dapat nak lelap. Untuk pengetahuan semua, aku tidur di katil bahagian atas double decker.
Tiba2 aku perasan Ustaz Z memanjat katil aku. Aku berpura2 tidur. Dia baring disebelah aku. Aku dah pelik. Dan aku dapat rasa tangan dia merayap di bahagian kaki aku dan kebahagian punggung. Aku terpaksa tepis dan dia terkejut apabila mengetahui aku belum tidur lagi. Dengan muka selamba Ustaz Z turun katil aku dan beredar.
Sebagai seorang kanak2 pada masa itu, aku memang tak faham kelakuan sebegitu. Cuma adalah rasa pelik sikit. Pada malam kedua pula, aku memang agak letih sebab biasalah kem ibadah kami bangun awal untuk qiamulail dan tidur pula lewat. So, malam tu aku letak je kepala terus tidur nyenyak. Bila bangun je esok pagi, aku terkejut Ustaz Z bermalam bersama aku di katil yg sama dengan posisi dia memeluk aku! Bila teringat balik sekarang memang loya tekak aku ni.
Balik dari kem tersebut, aku menceritakan hal tersebut kepada mak aku. Mak aku tak menunjukkan sebarang reaksi akan tetapi tanpa pengetahuan aku, mak aku ceritakan hal tersebut kepada rakan beliau yang juga seorang guru yg mengajar di sekolah aku, Cikgu N. Mungkin Cikgu N kurang percaya dengan cerita mak aku tu so dia pun tak ambil apa2 tindakan. Maklumlah cerita ni berkaitan dengan seorang ustaz. Dihormati pula disegenap sekolah. Memang tak logik langsung kalau difikirkan. So hal tu berlalu macam tu saja.
Ustaz Z pulak selepas dari kem ibadah tersebut aku perasan dah renggang dengan aku dan beliau rapat pula dengan seorang kawan aku yang sebaya. Zaidi nama dia (bukan nama sebenar).
Hampir setahun berlalu. Tiba2 satu hari tu Cikgu N panggil aku. Kami berjumpa di Bilik Kaunseling sekolah. Cikgu N minta aku ceritakan secara detail kisah yang berlaku antara aku dan Ustaz Z semasa di kem ibadah hampir setahun yg lalu. Aku pun cerita jerla. Aku nampak Cikgu N mcm ambil keterangan aku secara bertulis.
Rupa2nya, aku dapat tahu yang Ustaz Z melakukan perkara yang sama dilakukan kepada aku kepada Zaidi tapi dengan perlakuan yang lebih teruk di tandas sekolah. Ayah kepada Zaidi buat laporan kepada pihak sekolah. Aku tak tahu apa berlaku kepada Ustaz Z tapi tak lama lepas tu dia pindah sekolah dan aku tak pernah berjumpa dengan dia lagi.
Tujuan aku bercerita hal ini bukanlah nak cerita yg negatif kepada golongan agama. Majoriti ustaz ustazah adalah baik2 belaka. Cuma kita haruslah sentiasa berhati2 dan tidak terlalu terpengaruh dan taksub dengan orang yang berperwatakan dan berpakaian ala2 alim dan warak ni. Ada segelintir mereka yang kemungkinan lagi teruk daripada kita. Bagi aku keadaan tu lebih bahaya sebab kita lebih susah nak menjangkakan perangai sebenar golongan2 yg nampak alim ni.
Awasi juga dengan siapa anak2 kita rapat dan jangan terlalu percaya kepada org luar yg rapat dengan anak kita walaupun secara luarannya orang tersebut nampak baik dan alim.
Kepada Ustaz Z aku harap beliau telahpun bertaubat nasuha dan kembali ke pangkal jalan. Kisah yg aku alami tu memang meloyakan jika aku teringat sekarang. Semoga anak2 aku dan anak2 kita semua dijauhkan dengan manusia2 seperti ini.
– Zamir Salim
Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit
Post a Comment