‘Food Hunter’, Bertaubatlah!

Assalamualaikum,

hai admin terima kasih jika sudi panjangkan post aku ni untuk dikongsikan bersama pembaca lain.

Post ni sebenarnya ditujukan untuk kaki “food hunter”, atau “hibster cafe hunter”, atau seangkatan dengan nya lah. Juga sebenarnya untuk aku juga yang sebelum ni aku juga seorang food hunter, sehinggalah hidayah datang untuk aku bertaubat huhu alhamdullillah.

Kisahnya bermula lepas mak sedara aku, yang aku sangat rapat dengan dia dari kecil. Baru-baru ni dia buat medical checkup dan didapati kandungan gula dalam darah dia sangat lah tinggi. Aku rapat dengan dia so hujung minggu kalau aku takde kelas kat kolej aku akan balik tidur rumah dia. Bila aku tengok perubahan hidup dia 180 darjah, dari dulu aku kenal dia, dengan lepas je dia disyaki berpenyakit diabetes ni, dengan aku-aku sekali rasa insaf huhu. Makcik aku ni dulu masa muda memang selalu juga singgah kedai/ cafe hibster ni. Pantang tengok menu baru, dan dia kaki coklat, memang semua nak cuba. Nasib aku tak dibesarkan dengan coklat oleh umi abah aku, so biasanya kalau aku pergi makan-makan dengan mak cik aku ni, aku biasa order masakan kampung jelah macam nasi goreng kampung ke nasi ayam ke, paling western pun aku punya tahap sekadar chicken chop jelah, yang lain tak berapa pandai makan.

Nak diringkaskan cerita, makcik aku sekarang umurnya dah 50+ (masih bujang dan bekerjaya tinggi), tapi sejak dia kena consume ubat doktor setiap hari, aku perasan badan dia makin lemah dari sehari ke sehari. Aku tak salahkan ubat doktor, kerana menurut bacaan aku, penyakit diabetes kronik memang beginilah kesannya. Ubat doktor bukan fungsi menyembuhkan, tapi mengurangkan kesan yang lebih kronik. Aku juga pernah terbaca, penyakit diabetes ni boleh kata pembunuh senyap yang bahaya juga lah. Dia akan attack saraf halus macam mata dengan buah pinggang. Aku pernah baca artikel kes penyakit kencing manis ni tinggal 1 je kidney itupun lg 1 dah tinggal brape persen je boleh guna, dan mungkin perlu kena dialisis stage. Menakutkan, kan?

Makcik aku pun sekarang dah agak terhad aktiviti nya. Kesian aku tengok dia. Kadang-kala tak seceria dulu. Mungkin dia terlalu risau dengan penyakitnya. Dan mungkin juga dia sunyi sebab terpaksa melalui penyakit dia keseorangan tanpa ada suami dan anak-anak. Sebab tu kadang-kadang aku akan temankan dia bila takde kelas. Dan bila kau dah disyaki kandungan gula kau tinggi, cara pemakanan kau juga akan berubah 180 darjah. Nak makan nasi pun kena nasi takde perasa. Nak makan roti pun dah tak boleh roti gardeniar putih. Nak minum milo ais pun kena fikir dua tiga kali. Banyak nikmat makan dah kena tarik. Sedih juga aku tengok makcik aku huhu.

Sebab tu penting kita beringat sebelum kena. Kalau dah kena, banyak nikmat akan ditarik sedikit demi seidikit. Kalau perasan sebelum ni juga ada post di IIUM tajuk “keluarga berpenyakit”. Lepas aku baca post tu aku pun rasa insaf sekejap. Sejujurnya lepas aku baca post tu, seminggu aku tak sentuh dah air manis. Aku masak je aku minum, kalau teringin air sejuk pun aku biasa mintak ais kosong je kat kedai.

Aku nak pesan kat sini untuk semua food hunter terutamanya. Lagi-lagi remaja kat malaysia ni. Selalu terkejar-kejar trend nak bergambar dengan cafe hipster, lepastu berlawan-lawan siapa yang lagi hebat dia punya menu. Lagi menakutkan, makanan-makanan yang dihidangkan pulak kebiasaanya bukan makin sihat, tapi sebaliknya. Makin tinggi pewarna, makin tinggi kandungan gula dan makin pelik-pelik. No wonder lah rakyat malaysia sekarang berdepan dengan masalah diabetes paling tinggi.

Pesan aku, sudah-sudah lah berkejar-kejar trend sebegitu. Ketahuilah makanan yang kita makan adalah penyumbang terbesar kepada status kesihatan kita. Tak dinafikan penting ubat dan supplement, tapi kalau jenis makan melahap tak ingat dunia, masalah juga tu. Salah satu nasihat post dalam keluarga berpenyakit tu ialah bawak botol air masak ke mana-mana, memang aku dah amalkannya sekarang ni, termasuk makcik aku tu. Kami sedang memperbetulkan semula apa yang silap di masa lalu. Umur pun makin lama makin pendek, jadi jagalah pemakanan kita, jangan melampau ikut kan nafsu. Semoga rakyat malaysia lebih prihatin isu ini.

sekian wassalam.

-Miss L-

– Miss L

Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit

No comments