Adik Thaqif dan Kanak-kanak Lain

Asslamualaikum.. terima kasih IIUM Confession jika sudi menyiarkan comfession ini.. maaf confession ini agak panjang.

Nama aku N, aku berumur 26 tahun sekarang. Saat aku mengarang confession ni, aku baru selesai membaca diari adik Thaqif yang di share di beberapa page di facebook. Dalam diari tulisan adik Thaqif, dia berdoa mintak di pindahkan dari sekolah tersebut. Berdoa memohon ibu beliau terbuka hati untuk pindahkan dia ke sekolah lain..

Sepanjang aku baca tulisan diari tersebut mengingatkan aku pada diri sendiri. Aku pernah sekali berada di tempat dia. 13 tahun lalu, cumanya aku tidak di dera fizikal, cuma mental.

Keputusan UPSR aku cemerlang, mendapat 5A lalu menempatkan aku di sebuah sekolah yang hanya berpelajar perempuan sahaja yang agak tersohor di malaysia. (Tapi bukanlah berasrama penuh). Sekolah ini betul betul di tengah bandaraya. Di minggu orientasi, ada beberapa ujian di jalankan bagi menentukan kelas semua pelajar tingkatan satu. Alhamdulillah, aku berjaya menempatkan diri di kelas nombor 1.

Tapi dari 27 orang pelajar, aku satu satunya pelajar dalam kelas tersebut yg tinggal di asrama. Aku berasal dari kampung, jauh dari bandaraya (1 jam perjalanan). Manakala dalam kelas tersebut semuanya anak anak orang bandar. Anak orang berstatus Datuk, doktor, jurutera, arkitek, peguam dan bermacam macam lagi. Yang dari keluarga biasa biasa macam aku cuma dalam empat lima orang.

Pada minggu pertama persekolahan lagi aku sudah rasa tidak mampu teruskan sesi persekolahan di situ. Dugaan tinggal di asrama yang sangat besar adalah mengantuk di dalam kelas. Rasanya semua yang pernah tinggal di asrama pernah lalui fasa ni. Susah nak fokus di dalam kelas. Ini menyebabkan aku ketinggalan berbanding pelajar pelajar lain. Mereka semua cemerlang, tambah tambah tambah lagi subjek bahasa inggeris.

Maka bermulalah apa yang ingin aku kongsikan berkaitan diari adik Thaqif. Oleh kerana aku kerap mengantuk dan selalu lost di dalam kelas, aku di pulaukan rakan rakan sekelas. Aku di pandang sebagai budak kampung yang serabai. Aku lambat untuk pick up apa yang di ajarkan oleh cikgu, diorang pulak semua yang disampaikan oleh cikgu terus lekat dalam kepala. Bila aku nak tanya soalan pada diorang, semua lari. Selalu sangat bila aku tertido diorang biarkan sampai aku tak tau ada kerja sekolah. Esoknya bila cikgu tanya mana kerja sekolah aku termangu mangu tak tau apa apa. Diorang pun akan tersenyum senyum paham yang aku memang tak tau ada kerja sekolah.

Bila cikgu mintak buat susun atur semula meja meja dalam kelas mereka sepakat untuk susun meja duduk dengan partner (dua meja rapat) oleh kerana bilangan dalam kelas adalah ganjil (27 orang) aku di biarkan duduk sorang2 dekat belakang sekali. Semua taknak meja aku dirapatkan dengan meja diorang jadi 3 meja. Cikgu pun takde tegur kenapa macam tu. masa tu cikgu lelaki, dia tak sensitif perkara2 macam ni mungkin.

Bila habis waktu sekolah aku terus balik ke asrama. Tapi kawan kawan sekelas yang lain balik lambat. Kebanyakan tunggu mak ayah yang ambil lepas habis waktu berkerja. Stay back di sekolah adalah perkara normal sebab kebanyakan pelajar di situ semua mak ayah berkerjaya. Esoknya kalau aku datang sekolah mesti bawah meja aku ada bekas maggie cup, plastik keropok lekor, sisa2 makanan dari pelajar2 yang stayback. Aku tak boleh nak marah, sebab aku tak tau nak tuduh siapa. In fact, aku memang macam tak wujud dalam kelas tu. Jadi pagi pagi rutin aku bersihkan laci dan bawah meja.

Tak siapa pernah bercakap dengan aku. Bila ada kerja sekolah yang aku tak paham, aku tanya semua buat tak endah, nak taknak je jawab. Aku jadi sangat low self esteem masa tu, nak bertanya pada cikgu pun aku rasa macam orang pandang aku bodoh.

Pernah sekali tu cikgu bagi kerja untuk subjek bahasa inggeris. Di suruh untuk buat karangan direction dari sekolah ke sebuah hospital yg berada di bandar tu. Aku dari kampung, memang tak tau selok belok jalan di bandar ni. Semua yang lain dah bersungguh sungguh tulis karangan sambil berbincang, siap ada option untuk shortcut. Aku terpinga pinga. Aku mula nak join discussion diorang tapi semua taknak bagi aku dekat. Ya, sebab aku memang tak dapat nak menyumbang.

Pernah jugak aku selsema beberapa hari di sekolah. Entah macam mana kawan kawan sekelas aku buat cerita aku ada selsema burung (masa tu kes selsema burung sangat berleluasa di malaysia). Habis aku lagi di jauhi dah macam ada HIV aku rasa.

Kalau nak di ceritakan lagi apa yang aku lalui terlalu panjang. Main point nya adalah bila aku mengadu pada mak dan ayah. Tak ada siapa nak percaya cakap aku. Aku dah cakap aku tak boleh nak go on. Aku tak boleh fokus. Aku tak happy belajar dekat situ. Setiap hari balik dari sekolah aku menangis. Sebab tak faham, sebab di pulaukan, sebab esok hari aku tau bawah meja aku akan penuh dengan sampah, dll.. abah cakap aku mengada. Abah cakap kalau aku tukar sekolah, malulah abah. Nanti orang cakap dari sekolah hebat, tukar ke sekolah biasa biasa. Hampir setiap hari aku call menangis pada mak dan abah. Jawapan diorang tetap sama, jangan peduli kan kawan sekelas tu. Aku baru 13 tahun, dan pertama kali berjauhan dengan keluarga, mana aku mampu sabar. tapi aku takde pilihan.

Sampailah satu hari, abah kena datang sekolah untuk tandatangan buku rekod. Dah semestinya lah aku dapat nombor agak tercorot dalam kelas. Waktu abah datang tu abah nampak aku duduk sorang2 di meja dalam kelas. Orang lain semua meja berdua. Aku yang paling belakang sekali sorang sorang. Orang lain tengah seronok bersembang sambil tunggu mak ayah datang sign buku rekod, tapi aku muka masam, diam, bergenang air mata, aku malu sebab abah nampak aku takde kawan.

Abah panggil aku keluar kelas, nak berjumpa. Masa tulah abah tanya aku satu satu, kenapa aku je duduk sorang sorang dekat belakang. Aku cerita dari A sampai Z. Padahal itulah cerita yang sama aku cerita setiap kali aku call mak abah. Abah terus pegi bilik penolong kanan HEM. Aku tak pasti apa yang abah bualkan dengan cikgu, tapi lepas tu terus aku di panggil cikgu kaunseling.

Abah cakap cikgu kaunseling akan buat meeting dengan aku setiap minggu untuk pantau aku. Dan abah janji, kalau dalam masa sebulan aku masih tak boleh go on, abah boleh bawak aku balik sekolah dekat kampung. Masa tu Ya Allah, aku gembira tak terkata.

Aku gembira sebab akhirnya ada orang paham masalah aku, ada orang percaya, ada orang concern dengan aku. Aku mula jumpa cikgu kaunseling setiap minggu lepas tu. Susunan meja dalam kelas pun guru kelas dah ubah, duduk bertiga. So aku blh duduk sebaris dengan dua orang kawan yang lain. Aku tak pasti kalau waktu aku pegi jumpa cikgu kaunseling guru kelas aku ada slow talk dengan kawan2 sekelas aku, sbb lepas tu sampah pun dah makin takde bawah meja aku. Cuma diorang masih tak bercakap dengan aku. Aku mulakan effort untuk bercakap dengan diorang (sebab saranan cikgu kaunseling) tapi tak banyak yang berubah.

Tapi perubahan perubahan kecil ni lah buat aku makin bersemangat, aku makin positif. Sebab setiap hari aku call mak abah, diorang sentiasa bagi kata kata semangat, sentiasa concern pasal aku.

Yang menjadi turning point kejadian ni bila salah seorang dari kawan sekelas aku ni (boleh dikatakan ketua geng budak kelas yang sangat berpengaruh sebab anak orang berpangkat, lawa, pandai) terpaksa tinggal di asrama sebab ayah dia di pindahkan ke negeri lain utk berkhidmat. Masa tulah tiba tiba mak ayah dia datang jumpa aku di asrama untuk mintak tolong tengok tengokkan anak tunggal diorang yang pertama kali nak duduk berpisah dengan diorang. Oleh sebab budak tu pun kenal aku seorang je yang duduk di asrama tu, dia terpaksa terima aku sebagai kawan. Bermula dari situ lah budak budak kelas yang lain mula berkawan dengan aku. Waktu tu aku rasa macam tak percaya, satu hari aku akan boleh berkawan dengan diorang semua. Aku jadi makin happy sekolah kt situ. Sampailah aku tamatkan tingkatan lima di situ.

Sampai sekarang aku dah jadi engineer, dan kawan2 sekelas semua dah berjaya, ramai yang dah jadi doktor, engineer, lawyer..

Untuk mak ayah di luar sana, dengar luahan hati anak anak. Kadang2 mereka bukan mengada, tapi kerana sudah tidak tahan, tidak tahu tempat nama lagi nak di luah perasaan. Selidik dan siasat dulu apa yang di luahkan, sebab mak ayah lah orang yang paling di percayai anak anak, tempat berlindung.

Aku tak pasti kalau dulu abah aku sampai ke sudah tak percaya cakap aku, boleh ke lagi aku go on dengan pembelajaran dekat situ. Sebelum ayah aku sampai si sekolah tu hari tu, aku tak dapat faham apa pun dalam kelas, balik sekolah asyik menangis. Cikgu cikgu dalam kelas pandang majority yang nampak faham, nampak seronok dalam kelas. Tapi aku faham, dia manusia biasa, mungkin cikgu terlepas pandang. Tapi kerana minority yang tak di endah ni lah kami jadi tertekan, kami pendam.. akhirnya di dairi jugak menjadi tempat luahan.

– N

Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit

No comments