Wanita OKU dirogol bapa kandung dan rakannya
Polis menahan dua lelaki yang dakwa merogol seorang wanita Orang Kurang Upaya (OKU) pembelajaran dalam dua kejadian berasingan di Arau.
Ketua Polis Perlis, Datuk Noor MUshar Mohd berkata, suspek berusia 61 tahun yang juga bapa kepada mangsa, ditahan bersama rakannya berusia 53 tahun untuk direman selama seminggu untuk membantu siasatan.
Difahamkan, kejadian itu diceritakan sendiri oleh mangsa yang berusia 28 tahun kepada jirannya sebelum jirannya itu membuat laporan polis, semalam.
"Menurut keterangan mangsa, bapanya merogol dia di rumah mereka pada jam 8.39 malam, Mei lalu.
"Kemudian pada bulan yang sama, mangsa dibawa rakan bapanya ke sebuah kebun sebelum bertindak merogolnya di dalam kebun berkenaan," katanya memetik laporan dari Harian Metro, Jumaat.
Siasatan polis mendapati, suspek bersubahat dengan rakannya untuk melakukan perbuatan terkutuk itu terhadap mangsa.
"Mangsa tidak tahu untuk melaporkan perkara berkenaan kepada sesiapa selain dia juga tidak mampu bertutur dengan jelas.
"Malah keadaan ibu dan adik mangsa juga berstatus OKU pembelajaran sepertinya, menyukarkan lagi keadaan mangsa yang seolah0olah berada dalam keangkatan tersepit," katanya.
Mangsa turut diarahkan melakukan pemeriksaan di Hospital Tuanku Fauziah dan hasil laprannya mengesahkan terdapat kesan koyakan lama pada kemaluan mangsa dan kes disiasat mengikut seksyen 376 Kanun Keseksaan.
Sumber: Harian Metro
Post a Comment